Friday, March 8, 2013

Siapa Pernah Jatuh Dekat Sini Angkat Tangan

YAAHAAA...bila lalu dekat bukit ni tadi, terdetik idea nak tulis berkenaan dengan tempat ni. Bagi sesiapa yang selalu lalu sini dia akan tahu dekat mana tempat ni. Banyak mangsa pernah tergolek ketika hendak menuruni bukit ni. Baru-baru ni seorang kawan aku jatuh terduduk sewaktu nak turun, kesian dia cedera kat tapak tangan dan lutut.

Bila la agaknya UTM nak bina tangga dekat sini, dah bertahun-tahun aku tengok macamtu jugaklah keadaannya. Pembinaannya bukannya satu pembaziran kerana ianya amat-amat diperlukan. Tengok laluan yang tak berumput tu pun dah boleh buat kita tahu yang jalan ini sentiasa digunakan untuk pelajar ke fakulti. Memang terdapat tangga yang disediakan di belakang CICT tu, namun ianya jauh dari tempat parking kereta or motor pelajar kerana kawasan berhampiran dengan tangga tersebut merupakan kawasan dimana kenderaan pelajar tidak dibenarkan masuk (pernah kena saman kat situ..huhuu). Hope somebody will bring this issue to the higher up, and hopefully some action will be taken in order to solve this problem.

p/s : Aku jugak pernah terjatuh kat sini..huhuuuuu


Wednesday, March 6, 2013

Aktifkan Diriku

YAAHAAA...baru balik dari main bola keranjang (basketball). Dah lama giler tak turun main..berbulan-bulan jugak kot. Patut la badan dah gemok...huhuuuu. Lagipun takut nak main selalu, sebab nanti orang kata mata keranjang plak..hahahha (alasan terbaik bila malas nak main).


Antara babak kartun basketball SpaceJam

Tuesday, March 5, 2013

Let's Conquer the World

YAAHAAA... nak cerita sikit tentang peta dunia. Dulu aku agak blur dengan kedudukan setiap negara-negara yang aku kenali.. contoh macam Spain, Germany, Italy dan lain-lain. Tahu nama sahaja namun tak tahu terletak di ceruk mana atas globe ni. So aku pun buat tanggapan sendiri jelah tentang kedudukan setiap negara tersebut..huhuuu. Punya la malas nak tanya Encik Google.

Tapi suatu hari tu aku terjumpa satu peta dunia di sebuah supermarket, yang agak besar juga saiznya (rasanya untuk ditampal kat sekolah or tadika). So untuk tidak menjadikan aku blur sampai bila-bila maka aku pun belilah peta tersebut. Dari situlah aku mula tahu dimana kedudukan setiap negara (tapi takde la sampai hafal kesemuanya).Peta tersebut memang sangat bagus, siap ada kedudukan negeri-negeri utama dalam sesebuah negara dan juga bendera bagi negara masing-masing. Tapi yang tak bagusnya ialah tiada Palestin di dalamnya, yang ada hanyalah Israel.

Dulu aku tampal peta ni dalam bilik, sekarang aku dah cabut dan tampal dalam makmal komputer (tempat aku dan rakan-rakan buat kerja). Selain dapat belajar tentang peta dunia bersama-sama, kitaorang jugak boleh gunakan peta tersebut untuk menentukan ke negara mana nak melancong lepas ni..hehehehe..WHAT'S NEXT, KOREA??? JAPAN?? OR CANADA?? Jangan nak berangan kalau duit tak cukup Sham...huhuhuuuu T_T

Telah ditampal dalam lab. Sila abaikan bunga tu ye..hehe
.
.

Monday, March 4, 2013

Ninja Dalam Parit

YAAHAAAA...hari ni aku nak cerita sikit tentang salah satu kartun yang sedang aku tonton sejak bulan lepas. Bagi sesiapa yang lahir era 80an macam aku, pasti ingat dengan 4 orang...erm... 4 ekor jejaka hijau ni. Siapa lagi kalau bukan Leonardo (Leo), Raphael (Raph), Donatello (Donnie) dan juga Michelangelo (Mikey) yang digelar sebagai Teenage Mutant Ninja Tutrles (TMNT). Kartun ini merupakan antara kartun kegilaan aku sewaktu kecil dahulu. Teringat yang dulu-dulu aku cukup tak suka jika kitaorang satu famili balik lambat ke rumah sehingga aku terlepas menonton kartun ni di kaca TV...hehe. Kalau tak silap ia disiarkan pukul 7.00 malam, di TV berapa aku tak ingat la plak.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, TMNT ini telah dihasilkan pada tahun 1987 (umur aku baru setahun masa tu) dan telah dihasilkan semula sebanyak 2 kali, iaitu pada tahun 2003 dan juga akhir 2012. Versi 2003 aku tak tonton (sebab tak minat tengok rupa setiap turtles yg macam buta je sebab tiada anak mata), tapi yang versi 2012 aku layan. Apa yang aku boleh aku katakan, versi 2012 ni memang sangat awesome dari semua aspek (grafik, story, animation, fighting, characters design etc) jika dibandingkan dengan versi asal. Namun ini tidak bermakna versi asal amat teruk. Ia tetap hebat dan berjaya meninggalkan banyak kenangan kepada aku. Berikut merupakan perbandingan yang aku buat secara ringkas antara 2 versi ini, iaitu versi 1987 dan versi 2012.


Turtles


Versi 2012 lebih menampakkan perbezaan rupa paras turtle, yang mana tanpa perlu mereka memakai kain pengikat dengan warna masing-masing pun kita dah boleh kenal yang mana satu Leo, Raph, Donnie dan Mikey. Dek kerna rupa paras yang sama dalam versi 1987, banyak kesilapan sering berlaku sewaktu mewarnakan animasi tersebut. Selain itu dalam versi 2012, personaliti setiap turtles juga disampaikan dengan baik.

 Master Splinter


Versi 2012 menampakkan karekter Master Splinter yang lebih tegap, hebat dan tegas. Beliau juga lebih tinggi daripada para turtles dan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan sifat remaja turtles kerana ketinggian mereka lebih rendah.

April O'Neil


Berbanding versi yang asal, April versi ini telah ditukar menjadi seorang remaja belasan tahun dan tidak bekerja sebagai reporter. Ini bagi membolehkan jalan cerita dimana Donnie jatuh cinta kepada beliau. Bagi aku, aku lebih suka April yang dulu kerana lebih hot, tapi April yang kini boleh tahan jugak.

Shredder


Versi 2012 lebih serius, ganas dan hodoh. Tak macam versi asal yang agak bodo-bodo sikit dengan memiliki suara yang pelik.


Apa-apa pun, tak sabar nak menantikan episod seterusnya. Tak tahu la bila agaknya ia akan disiarkan di Malaysia.
.
.

Sunday, March 3, 2013

Fatal Chaos..Memang Chaos Sungguh

YAAHAAAA...teringin meng'update' blog balik setelah lama tak buat. Walaupun rasanya hanya beberapa orang yang akan baca, namun tak kisah lah. Janji dapat puaskan hati sendiri..hehehe. Antara sebab nak mula menulis balik adalah kerana kawan aku, Fana ajak aku dan kawan-kawan tulis blog. Tak sangka plak beliau aktif berblogging, sebab sejak kenal tak pernah pun beliau beritahu yang beliau ada blog. So marilah rakan-rakan semua (Din, Korn, Cik Daa, Ija, Su) kita menulis blog. Dengan itu dapatlah kita sama-sama berkongsi cerita (padahal hari-hari dok bersembang dalam lab). Selain itu, tak boring ke korang asyik tulis thesis je, sekali sekala tulis la blog plak..hahaha.

Eeermm... sebenarnya aku tak tahu apa nak diceritakan dalam entry aku yang ini. Sebab takde apa-apa yang menarik boleh diceritakan. So apa yang terlintas di fikiran sekarang ni ialah tentang komik yang baru-baru ni aku baca, iaitu Fatal Chaos karya kartunis Ben. Komik ni sebenarnya dah lama keluar, tapi baru sekarang aku beli semuanya dan baca. Ada 5 siri, 4 yang terawal memang gempak habis...tapi siri yang terakhir memang hampeh giler. Geram plak bila membacanya sampaikan rasa penat je aku baca dari awal. Nak tau apa sebabnya? Siri yang terakhir tu telah dilukis oleh orang lain, bukannya Ben. So cerita jadi tunggang langgang + lukisan tak secantik lukisan Ben. Membara plak rasanya..huhuuu. Dengar kata hal tersebut berlaku kerana Ben berhenti kerja dengan syarikat asal dia atas sebab-sebab tertentu, so kartunis lain terpaksa ganti untuk meneruskan siri tersebut. Yang menjadi mangsa di sini ialah legasi komik ini dan juga para peminatnya..

Why...huhuuuu

Koleksi Fatal Chaos yang 'ending'nya yang sungguh mengecewakan
.
.

Saturday, June 25, 2011

Majlis Bakal Bermula

Hari ini bakal berlangsungnya majlis Aqiqah bagi anak buah aku, A'idan. Majlis akan bermula dalam pukul 9 pagi (bagi saudara mara terdekat) dan 12 tengahari (bagi para tetamu). So seperti biasa banyak kerja yang harus dilakukan sebelum kita menganjurkan apa2 majlis sekalipun. Antara tugas aku ialah mengemas rumah, mencuci lantai luar rumah sebersih-bersih yang mungkin dan menguruskan perlatan dan perkakasan kenduri.

Semalam aku berpeluang pergi melihat sendiri kambing Aqiqah tersebut disembelih dan dilapah. Banyak juga info2 baru yang aku dapat melalui pengalaman tersebut. Dan berkaitan dengan bunting majlis pula, dukacitanya aku x dapat nak print bunting tersebut sebab gambar akan jadi pecah2 jika diprint dalam saiz tersebut. So apa yang aku mampukan hanyalah print atas kertas A4 sahaja (aku guna 4 kertas, dan cantumkan ia menjadi 1 supaya lebih besar). Jadi la kan daripada tiada langsung.

Beginilah rupa bunting yg x seberapa itu


p/s : sepatutnya arini aku berada di KL dan berkemungkinan besar dapat masuk TV dan paper
.
.

Tuesday, June 21, 2011

Kemas Mengemas

Memandangkan majlis aqiqah anak buah yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini, so macam biasalah kerja kemas mengemas rumah is a must. Memandangkan aku telah dikurniakan ketinggian hampir 180cm, jadi tugas aku tentunya mempunyai kaitan dengan ketinggian tersebut...iaitu...

MEMBERSIHKAN KIPAS!!

Penat jugak nak turun naik tangga membersihkan kipas2 tersebut, dah rasa macam lawan Ladder Match dalam pertandingan gusti plak. Dalam rumah aku dah la ada banyak kipas, dapat2 pulak kebanyakan kipas tersebut ada 5 bilah. Huhuhuuu...ade sesape nak tolong?? Hehehe...

Berebut-rebut diorang ni nak bersihkan kipas rumah aku..hehe


p/s : tengah tunggu lampu hijau untuk print bunting majlis