Sunday, February 21, 2010

Cuti, so cuti la

YAAHAAA....sedar x sedar cuti mid semester telah pun sampai ke penghujungnya. Aku rasa macam baru semalam je aku sampai rumah...cepat betul masa berlalu. X puas langsung cuti, rasa nak tambah lagi seminggu. Bukan apa, bila abis je cuti...otak kena set balik. Waktu cuti ni asyik fikir nak enjoy je, sampai lupa semua assignment yg aku kena buat (walaupun bawak buku balik rumah, tapi sekadar hiasan di rak buku rumah je). Sekarang ni terpaksa bertukar menjadi mode assignment pulak ...huhuuu...malas rasanya. Walaupun cuti kali ni x selama yg diidamkan, tapi bagi aku ianya amat best berbanding dengan cuti2 aku sebelum ini. Banyak aktiviti2 yg telah aku lakukan sehingga lupa nak buat assignment. Kalau nak listkan semua memang x ingat, so aku cuma listkan apa2 yg aku ingat je la.

Sampai je rumah aku pagi sabtu yang lepas, parent aku kate nak balik kampung lepas ni..sebab nak hantar opah aku balik rumah dia. Opah aku dah stay kat rumah aku dekat 2 minggu, so dia nak balik. So aku pun follow jela, belum sempat nak merasa tido di atas katil feveret dalam bilik aku. Dekat kampung, pagi Ahad tu pakcik aku buat BBQ. so aku join la proses berasap-asap tu. Aku baru je mandi time tu, tapi badan dah berbau asap..hehehe. Ktorang panggang ayam dan ikan keli je. Sepupu2 aku yg kecik lagi pun nak join sama...lantak korang la, bagus gak sekurang-kurangnya rajin nak menolong..hehehe. Aku sambar spek mata hitam pakcik aku, bukan untuk bergaya time memanggang (walaupun ada sikit2 rasa macam jadi Arnold dalam Terminator), tapi supaya mata aku x pedih dek asap2 tersebut. Hasilnya walaupun ada yang ok, dan ada yg hangus tapi memang puas hati. Banyak giler aku ratah lauk2 tu.


Balik dari kampung, malam tu aku ajak famili aku makan char kuey tiaw. Memang char ni makanan feveret aku. Tanya la famili dan kawan2 aku, diorang mesti kata aku memang asyik nak makan char je. Bagi aku char kat Manjung jugak yang sedap..sebab aku dah try kat area UTM , Taman U dan Pulai, bukannya x sedap langsung, tapi x sesedap kat tempat aku ni.


Hari Isnin tu pulak aku main boling dengan adik2 aku. Memang setiap kali balik dah jadi aktiviti wajib pulak. Main 1 round je. Markah pun aku x ingat...tapi rasa2nya 130>. Kadang2 je dapat skor macam ni, selalunya nak dapat lebih 100 pun susah..huhuuhuuu....ntah bila la nak terer main boling ni. Malam Selasa tu pulak aku ajak kawan aku, Wan tido rumah aku. Sebab nak tgk bola awal pagi Rabu. Perlawanan antara MU dan AC Mizal...eh, AC Milan. Sambil menunggu match tu start, ktorg layan FIFA sampai lebam. First time aku main guna TV ruang tamu. Memang puas hati la sebab selama ni main guna TV kecik dalam bilik. Oh ye...MU menang 3-2 malam tu..hehehe :)


Petang Rabu tu pulak, aku, Wan dan Fakru pergi ke litar untuk lumba gokart. Memang dah lama sangat aku mengidam nak main, sebab hampir setahun aku x pernah pegang stering kereta kecik ni. Ktorang ambil pakej RM20 (main selama 10 minit), so bilangan lap kita sendiri la tentukan. Lagi laju kita drive, lagi banyak la bilangan lap yg kita dapat. Resultnya...aku KALAH!!! Fakru menang, Wan Second. Dari mula sampai tamat perlumbaan, aku langsung x dapat potong dorang. Bila dah ada peluang nak potong, ade je benda x kena berlaku. Tapi memang teruk giler la performance hari tu, x tau le apa masalahnya.

Malam tu pulak kitaorang karaoke. Best giler bilik karaoke tu, x macam yang selalu aku masuk (dalam kotak2 tu). Banyak jugak la lagu kitaorang tibai. Tapi Fakru still dengan nasyidnya.. hehehe...tapi ade gak dia pilih lagu jiwang. Wan pulak nyanyi lagu Search dan Cokelat, yg lain aku x ingat.


Jumaat pulak kitaorang buat rematch gokart. Tapi kali ni kitaorang main waktu malam. 1st time aku main malam, litar agak gelap walaupun ade lampu spotlight, so aku yg agak rabun malam ni bermasalah la sikit. Tapi best main waktu malam sebab sejuk. Famili aku pun datang malam tu, jadi penonton. Sebab mula2 diorang hanya hantar aku ke litar je pas makan malam di luar, tapi tetiba pulak diorang nak tengok. Kiranya 1st time famili aku jejakkan kaki ke litar ni. Memang best la lumba malam tu. So pasni bila cuti lagi, ktorang nak lumba lagi.


So sebab2 di atas ni la aku x buat langsung assignment time cuti..huhuuu...ikut kata Wan, "Rilek la bro. cuti, so cuti la." hehe...
.
.

2 comments:

Fakru Razi said...

assalamualaikum...
cpt skit balik, nak rematch..haha

D'Blaze said...

ahah...sabo bro. lambat lagi cuti ni