Friday, March 8, 2013

Siapa Pernah Jatuh Dekat Sini Angkat Tangan

YAAHAAA...bila lalu dekat bukit ni tadi, terdetik idea nak tulis berkenaan dengan tempat ni. Bagi sesiapa yang selalu lalu sini dia akan tahu dekat mana tempat ni. Banyak mangsa pernah tergolek ketika hendak menuruni bukit ni. Baru-baru ni seorang kawan aku jatuh terduduk sewaktu nak turun, kesian dia cedera kat tapak tangan dan lutut.

Bila la agaknya UTM nak bina tangga dekat sini, dah bertahun-tahun aku tengok macamtu jugaklah keadaannya. Pembinaannya bukannya satu pembaziran kerana ianya amat-amat diperlukan. Tengok laluan yang tak berumput tu pun dah boleh buat kita tahu yang jalan ini sentiasa digunakan untuk pelajar ke fakulti. Memang terdapat tangga yang disediakan di belakang CICT tu, namun ianya jauh dari tempat parking kereta or motor pelajar kerana kawasan berhampiran dengan tangga tersebut merupakan kawasan dimana kenderaan pelajar tidak dibenarkan masuk (pernah kena saman kat situ..huhuu). Hope somebody will bring this issue to the higher up, and hopefully some action will be taken in order to solve this problem.

p/s : Aku jugak pernah terjatuh kat sini..huhuuuuu