Wednesday, January 6, 2010

Cerita Terkejut di Pagi Hari

YAAHAAA... pagi tadi aku mengalami satu peristiwa yang menyebabkan aku terkejut dan gabra setengah mati. Bermulalah kisahnya...

Malam semalam aku demam. Aku memang x larat nak buat apa2 kerja sebab badan rasa panas dan kepala rasa teramatlah berat, sedangkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan terutamanya tugasan bagi kelas hari Khamis dan Jumaat yang bakal tiba. So aku tiada pilihan lain selain baring dan mula untuk tido. Sebelum tido, aku bercadang nak makan panadol. Tapi bila pikir2 balik, x elok makan panadol banyak2..so aku melupakan hasrat tersebut dan terus tido dengan harapan demam aku akan hilang setelah aku bangun keesokan pagi.

ZZzzZZZ....erm...tiba2 aku terbangun dari tido. Ini disebabkan badan aku terasa amat panas dan amat tidak menyelesakan. So aku paksa diriku ini untuk bangun dan makan panadol, yang sebelum ini pilihan tersebut telah pun aku reject. Dalam keadaan yg gelap gelita, aku mencapai henponku untuk melihat waktu semasa. Kosong sahaja...lampu henpon pun x menyala. Rupa-rupanya bateri henpon aku sudah habis. Lantas aku terus mencapai jam loceng yang diletakkan di atas meja. Aku tidak bercadang untuk membuka lampu bilik kerana takut mengganggu mimpi roomate ku.Dalam pandangan yang kabur dan samar2 itu, aku lihat jam tersebut menunjukkan pukul 7.40 pagi...Pelik, kenapa hari masih gelap sedangkan sudah pagi.

Untuk mendapat lebih kepastian, senyap2 aku mencapai henpon roomate aku yang dia letak di tepi bantalnya. Dalam keadaan yang mamai2 itu aku dapati waktu yang ditunjukkan pada henpon tersebut ialah pukul 7.30 pagi, lebih kurang waktu yg ditunjukkan oleh jam loceng tadi. Jadi semakin bertambahlah rasa pelik dalam hati aku. "Kenapa hari masih gelap lagi?!!". Terus aku membuka tingkap dan melihat ke langit...memang hari masih gelap, malah bulan pun masih lagi menjalankan tanggungjawabnya. Hati aku menjadi gelisah dan perasaan tersebut bertukar menjadi takut. "Apa yg terjadi ni?! Sudah pagi pun hari masih gelap dan bulan pun ada lagi!!". Serius aku katakan aku telah menampar muka aku waktu itu, untuk memastikan aku x bermimpi. Terasa pedih pipiku akibat tamparan tersebut, sah ini bukan mimpi!!


Pada waktu tersebut, bermacam-macam andaian dikeluarkan dalam fikiran aku..antaranya adakah bumi sudah berputar ke arah yang bertentangan?? Bumi dah nak kiamat ke?? Dalam keadaan takut tersebut, aku membuka laptop aku untuk melayari internet, mencari berita-berita terkini berkenaan situasi tersebut. Sementara tunggu load Windows, roomate aku terjaga dan hairan kenapa aku tiba2 main laptop pagi2 buta. Aku menceritakan situasi yang berlaku dan dia agak tidak faham kerana masih mamai. Setelah masuk Windows, aku terkejut besar kerana mendapati yang jam laptop aku menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku semakin keliru...apa yang terjadi ni??..mana satu yang betul?? Roomate aku bertanya lagi tentang apa yang sebenarnya terjadi. Aku pun beritahulah yang jam loceng dan jam henponnya menunjukkan pukul 7.30 pagi, tapi langit masih gelap.

Tiba2 dia berkata "Mana ada jam henpon aku pukul 7.30 pgi, pukul 2.30 la". Aku tergamam. Lalu aku membalas.. "Habis tu, yg aku tgk pukul 7.30 pagi tadi tu apa? Dan jam loceng pun lebih kurang pukul 7.30". Dan inilah jawapan yg aku dapat dari dia.. "Yg ko tgk pukul 7.30 tu alarm yg aku set la..lgpun kan aku dah bgtau ko sebelum tido tadi yg jam loceng ni dah abis bateri". Betapa leganya hati aku..walaupun agak malu sikit rasanya. Lantas aku telan panadol dan tido......zzZZzzz.....

Begitulah kisah yg berlaku pagi tadi...

No comments: