Saturday, January 16, 2010

Siapa kata guna short cut x aci?!

YAAHAAA....aku baru je baca paper Kosmo tadi. Aku kalau baca paper, aku x baca mula ikut depan, aku akan baca dari belakang. Sebab apa? Sebab belakang ada berita sukan yg aku x nak terlepas walau sikit pun. hehehehe... Bukanlah bermakna aku x ambil tau langsung hal Malaysia or dunia, tapi berita sukan yg aku akan baca dulu dalam mana2 paper pun. Berita yg aku suka adalah berita berkaitan dengan Formula 1 dan bola EPL.Sekarang ni tgh panas berita pasal Liverpool dah tunggang terbalik, mcm2 masalah menimpa diorang ni. Tapi itu bukanlah berita yg nak aku kongsikan.

Apa yg nak aku kongsikan di sini ialah berita mengenai F1. Aku terbaca tadi yang musim depan diorang bercadang nak tambah elemen baru dalam F1 untuk menjadikan perlumbaan semakin menarik. Elemen tersebut ialah mewujudkan jalan SHORT CUT di litar!! Memang pelik bila dengar, bunyi mcm x adil je bila ikut short cut. Tapi bukan senang2 hati je pelumba2 boleh guna shortcut ni..ada limit yg ditetapkan. Seorang pelumba hanya dibenarkan menggunakannya sebanyak 5 kali sahaja. So kira adil lah bagi semua orang. Teori ni sama macam perlumbaan A1 di mana ada setiap pelumba ada limit dalam menggunakan power boost.

So pada pendapat aku yg mmg peminat setia F1 ni...aku teramatlah bersetuju dengan idea ni. Memang menarik dan mampu menjadikan perlumbaan lebih mencabar dan seronok untuk ditonton. Sebab kalau ikut format lama, alamatnya perlumbaan F1 hanya seronok ditonton sewaktu pusingan awal je la, sebab time tu kereta2 semua masih dekat je jaraknya antara satu sama lain..tapi bila dah masuk round 10 dan ke atas..semua kereta dah ada gap yg begitu luas antara satu sama lain. Nak dapat tgk aksi memotong pun pun teramatlah susah. Mmg amat2 membosankan.

Waktu start, best sebab persaingan sengit

Tapi bila lama2, makin jauh jarak antara kereta. Dah x best

Tahun ni Pasukan Malaysia ada beraksi..so mari la sama2 kita menyokong. Harap jangan la rakyat Malaysia meletakkan harapan yg tinggi sgt pada diorang. Baru musim pertama, byk benda diorang nak kena belajar. Kalau dapat kumpul 1 or 2 point dalam setiap perlumbaan pun kira dah cukup bagus. Tapi diharapkan agar 1MF1T akan menjadi pasukan baru tebaik tahun ini berbanding 3 pasukan baru yg lain.

Barisan pemandu harapan...eh, yg dua dari kiri tu bukan pemandu ye

Prototaip, but aku x berapa minat la coraknya. Macam lekat bendera atas kereta je.
.
.

No comments: