Sunday, January 17, 2010

Kembar nasi ayam penyet

YAAHAAA....petang tadi aku lepak2 dekat angsana, layan boling n karaoke (dah lama x karok sejak King of Karok, Naz dah grad). Best jugak la dapat kills some time walaupun assignment n tugasan masih banyak belum siap. hehehe....13 lagu kitaorang bedal tadi..sampai sakit tekak.
King of Karok, legend yg terpaksa dirahsiakan identitinya

Sebelum balik bilik, aku singgah makan dekat luar pintu gate belakang. Semalam masa aku makan charkueytiaw, aku terperasan ada kedai makan baru bukak sebelah kedai char ni(maybe dah lama bukak cuma aku x perasan). Tgk mcm nasi lauk ayam goreng, n macam sedap je. So aku decide esok(hari ni) aku nak try. Nasi tu diberi nama nasi Kukus.

Lepas makanan tu dihidangkan depan mata, aku tgk ianya hampir menyerupai nasi ayam penyet. Cuma beza sebab dia pakai sambal mcm sambal nasi ayam + kuah kari. Nasinya pula dikukus terlebih dahulu. Ayam gorengnya pulak besar giler. Bila start makan, mmg sedap giler rasa nasi tu. Patutlah dah nak abis time aku order tu, ktorg punya order tu rupa2 nya yg last available (padahal baru pukul 7.00 p.m). Kesian ada 1 famili tu yg dtg selepas ktorg x dapat makan sebab dah abis. Lepas ni boleh la makan lagi kat situ...nyam..nyam.......boleh ajak Bro One5 pasni.

Sedap..nak makan lagi!!
.
.

3 comments:

Pya said...

sham.. kat mane tmptnye ns ayam kukus ni??

D'Blaze said...

medan slera dekat pintu gate UTM dekat kolej 16 17

Pya said...

oh.. ok :)