Thursday, April 1, 2010

Tales of the Abyss COMPLETED

YAAHAAAA.... PUAS HATI!! Itulah yg aku dapat katakan tentang perasaan aku ketika ini. Ini kerana aku telah berjaya juga menghabiskan game RPG, Tales of the Abyss setelah berbulan-bulan lamanya. Bukan sebab game ni memakan masa yg lama untuk dihabiskan tetapi disebabkan proses bermain yg asyik tertangguh sahaja..maklumlah game ni untuk PS2, so bila aku balik ke UTM, aku terpaksa la stop main. Hanya boleh main bila berada di rumah je. Korang tau kan yg aku ni kaki game, so saje je nak crita sikit tentang game ni di entri kali ni. Bagi sesiapa yang x minat game, rasanya mesti x berminat nak baca pun.


Selama ini aku pernah main pelbagai game RPG, dan bagi aku Final Fantasy adalah yg terbaik antara game2 kategori ini. Namun aku x sangka Tales of the Abyss ini juga merupakan sebuah game RPG yg hebat, best, dan menarik. Aku berani bagi 4.9/5 untuk game ni. Aku admit pada mulanya aku rasa game ni BOSAN, siap dah bgtau pada Nazerin(kaki game tersohor) yg game ni x best. Tapi lama kelamaan jalan ceritanya semakin menarik, dan buat aku x sabar nak tahu apa yg akan jadi seterusnya. Bagi sesiapa yg x pernah main game RPG, game jenis ni lebih kurang mcm korang tonton movie kat panggung or TV, but ianya cuma dalam bentuk game dan kadangkala korang sendiri yg bakal menentukan jalan ceritanya.

Sebelum game ni bermula ada montaj, but aku x pernah tgk pun. Sengaja aku skip, sebab FYI, aku memang benci SPOILER!! Bagi aku, sesuatu cerita tu dah x best kalau kita dah tau babak-babak yg bakal terjadi. Sebab itu la aku x kan tgk 'The Making' apa2 cerita sekalipun selagi aku x tonton cerita tersebut. Oklah, berikut merupakan sebab kenapa aku suka sgt game ni dan rasa ianya sesuatu yg hebat, ikut turutan:

1) Jalan cerita yg amat menarik
2) Semua karekter dihidupkan dengan baik, setiap sorang ada personaliti tersendiri
3) Grafik yg cantik dan colourful
4) Dialog yang kelakar, kadangkala menyayat hati
5) Banyak moral values untuk dunia dan manusia

Kalau ikutkan aku nak je cerita tentang sinopsis game ni, but aku sendiri pun x tau nak cerita macamana sebab agak berbelit-belit. Boleh la baca di Wikipedia ye..heheh. Sekarang kita masuk ke topik yang lain pulak : Watak-watak yg terdapat dalam game ni.

LUKE FON FABRE

Watak utama game ni. Anak kepada pembesar kerajaan Kimlasca, Duke Fabre. Seorang yang selfish, menjengkelkan dan sombong. Namun setelah dia mengetahui dia cuma replika(or klon) kepada anak sebenar Duke Fabre, sikapnya mula berubah menjadi baik. Dia ingin menghalang tuk gurunya, Van daripada merosakkan Auldrant(nama bumi dalam game ni).

Battle : Kuat, but agak slow berbanding Guy. Aku x berapa minat mystic art dia sebab lingkungan kawasan serangan amat kecil. Selalu termiss pihak lawan bila guna. But overall mmg antara karekter yang best. (hero la katakan)

Komen : Pada mulanya aku teramat-amatlah menyampah pada dia ni sebab perangainya sungguh annoying. But bila dia mula berubah, aku jadi teramat suka plak ngan karekter ni.


TEAR GRANTS

Heroin dalam game ni. Seorang yg serius, but penyayang. Dalam diam dia jatuh cinta pada Luke, but Luke amatlah sengal sebab x perasan langsung ada orang syok kat dia. Walaupun nampak serius dan matang sepanjang masa, rupanya-rupanya kelemahan dia ni dia ni pantang tgk benda2 comel. Dia ingin menghalang abangnya, Van daripada merosakkan Auldrant.

Battle : Walaupun serangan fizikal x kuat, but magic dia kuat giler. Namun kelebihan utama Tear ialah magic penyembuhan, so sebab itulah dia ni antara karekter yang wajib dibawa ke medan perang.

Komen : Aku suka tengok perangai dia bila nampak benda2 comel..jadi x tentu arah dibuatnya.


JADE CURTISS

Seorang pakcik(sebab umur dah 35) yang amat genius but suka memerli dan menyakat orang. Amat tenang mengawal apa jua situasi. Boleh dikatakan segala krisis yg timbul dalam game ni disebabkan oleh kesilapan Jade semasa kecil dahulu yg banyak melakukan eksperimen terlarang. Sebab itu dia menyertai kumpulan Luke untuk menebus semula dosanya yg lalu.

Battle : Magic dia memang mantop!! Terutamanya Meteor Rain. Dia ni bleh dikira sebagai black mage kalau dlm Final Fantasy. But serangan fizikal x berapa kuat.

Komen : Jade sebenarnya antara karekter yg menghidupkan suasana dalam game ni. Kata-kata sinisnya selalu buat aku ketawa. Kalau xde Jade, memang x berapa best la game ni.


GUY CECIL

Rakan karib dan hamba Luke. Juga anak murid Van. But dia ni sebenarnya anak bangsawan kerajaan Makulth (musuh Kimlasca), tujuan dia menyamar adalah untuk membalas dendam kerana keluarganya telah terbunuh dalam perang, dengan cara membunuh Luke. Namun setelah lama berkawan dengan Luke, Guy mula berubah. Dia dah lupakan dendam lamanya tu.

Battle : Amat pantas...senang nak mengelak serang pihak lawan. Mystic art dia juga lebih best berbanding Luke.

Komen : Karekter yg peramah, but bila dia marah, memang marah betul. Tapi yg kelakarnya Guy ni fobia dengan perempuan. Bila perempuan dekat dengan dia je, dia akan menjerit ketakutan.hehehe.


ANISE TATLIN

Guardian kepada Fon Master Ion. Budak comel yg rasa dirinya dah besar. Asyik menggatal ngan lelaki. Impiannya nak kawin dengan lelaki kaya raya. Dalam diam2, rupa-rupanya dia ni spy kepada pihak musuh. But dia buat semua ni sebab mak bapak dia kena tawan. So nak x nak dia kena ikut kata musuh tu la.

Battle : Battle style paling pelik. Dia menunggang patung yang selalu dia bawa ke mana-mana tu, yang diberi nama Tokunaga. So maksudnya dia x buat apa2 pun, serahkan semua pada Tokunaga untuk membelasah musuh. Tugas Anise cuma cast magic sahaja.

Komen : Aku x berapa minat pakai dia. But magic dia banyak juga yg power. Cuma suka tengok perangai gedik dia...hehehe


NATALIA L.K. LANVALDEAR

Puteri kepada kerajaan Kimlasca. Tunang kepada Asch. Seorang puteri yg baik hati dan penyayang. But rupa-rupanya dia bukan anak kandung raja, bahkan ayah sebenarnya adalah Largo, salah seorang musuh mereka. Setelah Natalia ketahui semua ni, dia mengalami tamparan yang hebat.

Battle : Suka guna dia sebab boleh serang dari jarak jauh guna bow. Natalia juga ada magic heal yg amat berguna dalam peperangan.

Komen : Suka ngan sikap dia. Namun dia mcm konfius samada dia sebenarnya suka pada Luke or Asch. But aku rasa dua2 dia x dapat. Tapi aku rasa dia padan ngan Guy.




OK...berikut pula adalah NPC yg baik...yg bnyak menyumbang jasa dalam perjuangan Luke dan kawan-kawanya:

MIEU

Apa yg boleh aku katakan pada karekter ni...COMELLLNYEE.... aku suka dengar suara dia, kiut. Seeekor Cheagle yg setia kepada Luke walaupun Luke x melayannya dengan baik. Abilitinya banyak membantu Luke sewaktu mengembara.


FON MASTER ION

Ketua kepada Order of Lorelai. Amat berpengaruh. But realitinya dia juga cuma sebuah replika kepada Ion yg asal. FYI, dia ni lelaki.








NOELLE

Pilot kepada Albiore, jet yg dinaiki oleh Luke n da gang sepanjang pengembaraan.







Berikut pula adalah watak2 jahat(or x berapa jahat) dalam game ini :


ASCH THE BLOODY

Salah seorang daripada 6 God General. Nama asalnya adalah Luke Fon Fabre, but setelah replikanya dihasilkan..dia menghilangkan diri dan tidak pernah pulang. Setelah itu dia telah menggunakan nama Asch, dan membuang identiti sebenarnya. Amat benci dengan Luke. Dia satu2 nya 6 God General yg menentang Van. Banyak menolong kumpulan Luke tapi x mahu join kumpulan tu, suka bersendirian. Akhirnya setelah kalah dalam pertarungan dgn Luke, dia admit kehebatan Luke. Akhirnya dia mati demi membantu Luke.




LEGRETTA THE QUICK

Jurulatih kepada Tear. Senjatanya adalah pistol berkembar. Jatuh cinta pada Van, dan sanggup berkorban deminya. Bagi aku, dia ni musuh kedua terkuat dalam 6 God General.









SYNC THE TEMPEST

Bertopeng pada peringkat awal kerana merahsiakan identitinya, rupanya dia juga adalah replika kepada Ion yg asal. Namun dia direject kerana dia replika yg tidak sempurna. Sebab itu Sync tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam. Bagi aku, dia ni musuh terkuat dalam 6 God General.







LARGO THE BLACK LION

Ayah kandung Natalia. Ingin membalas dendam kerana anaknya dirampas oleh kerajaan dan isterinya membunuh diri disebabkan itu. Kuat tetapi slow. X susah sgt nak kalahkannya.









DIST THE REAPER

Orang gila. Selalu suruh orang panggil dia Dist the Rose. Asyik duduk atas kerusi bergerak dia je, malas nak berjalan. Rakan Jade sejak kecil but menjadi musuh sebab bertentangan pendapat. Juga genius mcm Jade. Aku rasa dia ni x pernah berlawan, sebab asyik lawan guna robot ciptaan sendiri je. Nmpak mcm hebat, but hampeh.






ARIETTA THE WILD

Musuh kepada Anise. Dibela oleh binatang buas sejak kecil menjadikan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan (mcm tarzan la ni). X berapa kuat sgt.









VAN GRANTS

Boss terakhir dalam game ni. Dialah yg merancang segala krisis yg berlaku, demi mencapai matlamatnya yg x logik langsung. Abang kepada Tears dan tuk guru kepada Luke, Asch dan Guy. Dulu seorang yg baik, tetapi dendam telah merubahnya. Pahlawan yg kuat, banyak skill berpedang. Akhirnya mati di tangan Luke and da gang.







Walaupun bos terakhir adalah Van, but that doesnt mean he the strongest one. Dalam game ni terdapat pihak lawan yg lebih susah daripada bos terakhir, but kita x diwajibkan untuk lawan mereka pun. Cuma jika kita pilih untuk berlawan dengan mereka dan kita menang, kita akan mendapat senjata atau barang2 yang amat bagus dan berkuasa. So sape yg x mau kan...BUT....mereka2 ni memang kuat nak mampos. Kalau x menggunakan strategi yg betul, mmg xkan menang. Mereka adalah seperti di bawah ni :


REID / NANALY / PHILIA / MINT

Dorang berempat ni dtg tiba2 sewaktu kita main 'team advanced mode' dekat Collesium. Mula-mula aku ingat selepas pusingan ketiga, perlawanan dah tamat..so aku hepi la. Tetiba ada perlawanan tambahan pulak. X pasal2 aku kalah 1st time lawan dorg...lack of preparation. Bila lawan lagi sekali, aku hentam dorg puas2...but amatlah SUSAH nak menang ngan dorang ni.

* Tiada gambar dijumpai untuk mereka ini


NEBILIM


Boss paling susah dalam game ni. Bukan aku je kata mcmni, semua gamers yg main game ni kata mcm ni di internet. Mana x nya, spell magic dia power nak mampos. Siap boleh bekukan masa, pastu serang kita ngan magic. X aci betul la minah ni. HP dia pula sebanyak 320000. Team yg aku pakai masa lawan minah ni ialah Luke, Tear, Guy dan Jade. Setelah berhempas pulas dekat 20 minit, akhirnya dapat gak aku kalahkan minah ni. Then terus aku save cepat2, takut kalau tiba2 xde karen, abis aku kena main balik semula..huhuuu..

No comments: