Tapi suatu hari tu aku terjumpa satu peta dunia di sebuah supermarket, yang agak besar juga saiznya (rasanya untuk ditampal kat sekolah or tadika). So untuk tidak menjadikan aku blur sampai bila-bila maka aku pun belilah peta tersebut. Dari situlah aku mula tahu dimana kedudukan setiap negara (tapi takde la sampai hafal kesemuanya).Peta tersebut memang sangat bagus, siap ada kedudukan negeri-negeri utama dalam sesebuah negara dan juga bendera bagi negara masing-masing. Tapi yang tak bagusnya ialah tiada Palestin di dalamnya, yang ada hanyalah Israel.
Dulu aku tampal peta ni dalam bilik, sekarang aku dah cabut dan tampal dalam makmal komputer (tempat aku dan rakan-rakan buat kerja). Selain dapat belajar tentang peta dunia bersama-sama, kitaorang jugak boleh gunakan peta tersebut untuk menentukan ke negara mana nak melancong lepas ni..hehehehe..WHAT'S NEXT, KOREA??? JAPAN?? OR CANADA?? Jangan nak berangan kalau duit tak cukup Sham...huhuhuuuu T_T
Telah ditampal dalam lab. Sila abaikan bunga tu ye..hehe
.
.
No comments:
Post a Comment