Monday, March 4, 2013

Ninja Dalam Parit

YAAHAAAA...hari ni aku nak cerita sikit tentang salah satu kartun yang sedang aku tonton sejak bulan lepas. Bagi sesiapa yang lahir era 80an macam aku, pasti ingat dengan 4 orang...erm... 4 ekor jejaka hijau ni. Siapa lagi kalau bukan Leonardo (Leo), Raphael (Raph), Donatello (Donnie) dan juga Michelangelo (Mikey) yang digelar sebagai Teenage Mutant Ninja Tutrles (TMNT). Kartun ini merupakan antara kartun kegilaan aku sewaktu kecil dahulu. Teringat yang dulu-dulu aku cukup tak suka jika kitaorang satu famili balik lambat ke rumah sehingga aku terlepas menonton kartun ni di kaca TV...hehe. Kalau tak silap ia disiarkan pukul 7.00 malam, di TV berapa aku tak ingat la plak.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, TMNT ini telah dihasilkan pada tahun 1987 (umur aku baru setahun masa tu) dan telah dihasilkan semula sebanyak 2 kali, iaitu pada tahun 2003 dan juga akhir 2012. Versi 2003 aku tak tonton (sebab tak minat tengok rupa setiap turtles yg macam buta je sebab tiada anak mata), tapi yang versi 2012 aku layan. Apa yang aku boleh aku katakan, versi 2012 ni memang sangat awesome dari semua aspek (grafik, story, animation, fighting, characters design etc) jika dibandingkan dengan versi asal. Namun ini tidak bermakna versi asal amat teruk. Ia tetap hebat dan berjaya meninggalkan banyak kenangan kepada aku. Berikut merupakan perbandingan yang aku buat secara ringkas antara 2 versi ini, iaitu versi 1987 dan versi 2012.


Turtles


Versi 2012 lebih menampakkan perbezaan rupa paras turtle, yang mana tanpa perlu mereka memakai kain pengikat dengan warna masing-masing pun kita dah boleh kenal yang mana satu Leo, Raph, Donnie dan Mikey. Dek kerna rupa paras yang sama dalam versi 1987, banyak kesilapan sering berlaku sewaktu mewarnakan animasi tersebut. Selain itu dalam versi 2012, personaliti setiap turtles juga disampaikan dengan baik.

 Master Splinter


Versi 2012 menampakkan karekter Master Splinter yang lebih tegap, hebat dan tegas. Beliau juga lebih tinggi daripada para turtles dan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan sifat remaja turtles kerana ketinggian mereka lebih rendah.

April O'Neil


Berbanding versi yang asal, April versi ini telah ditukar menjadi seorang remaja belasan tahun dan tidak bekerja sebagai reporter. Ini bagi membolehkan jalan cerita dimana Donnie jatuh cinta kepada beliau. Bagi aku, aku lebih suka April yang dulu kerana lebih hot, tapi April yang kini boleh tahan jugak.

Shredder


Versi 2012 lebih serius, ganas dan hodoh. Tak macam versi asal yang agak bodo-bodo sikit dengan memiliki suara yang pelik.


Apa-apa pun, tak sabar nak menantikan episod seterusnya. Tak tahu la bila agaknya ia akan disiarkan di Malaysia.
.
.

2 comments:

Fana said...

My feveret! huhu ingt lg dulu aku xkan miss tgk ninja turtle. time tu tgk je diorg mkn pizza.diri sendiri kecik2 dulu x pnah mkn pon..hahah

D'Blaze said...

hahah betul..dulu2 aku pun x pernah makan pizza