Friday, May 29, 2009

Kucing..ooh...kucing....


YAAHAAA.....arini bilangan kucing yg menetap di rumah aku semakin bertambah. Mula2 langsung xde kucing sebab hampir semua adik2 aku takut ngan kucing(aku pun tkut gak,tp ckit2 je la)..tp segalanya berubah dgn kehadiran 2 ekor anak kucing pada suatu hari yg aku dah lupa tarikhnya. Sejak hari tu, rumah aku dengan rasminya telah membela kucing memandangkan adik aku yg dulu tersangat-sangatlah takut dengan kucing telah menjadi sgt2 berani la plak. Skrg ni ada 5 ekor kucing yg telah mendaftar untuk tinggal di sini. Tapi kadang2 kehadiran mereka2 ni agak membengangkan aku kerana setiap kali aku nak keluarkan kereta kancil aku tu dari pagar rumah, aktiviti wajib yg perlu aku buat ialah menonggeng di khalayak ramai kerana ingin melihat samada ada ke x kucing bawah kereta. Adui..nape la bawah kereta jugak yg mereka jadikan port.

Lagi satu, gate rumah aku ni jenis automatik, yg boleh slide sendiri bila tekan suis. Tp disebabkan kehadiran rakan-rakan Doraemon ni telah menyebabkan gate rumah aku dah jadi separa automatik. Mana tidaknya, setiap kali nak buka gate, kena tgk dulu dekat rail gate tu takut2 ada mana2 makhluk bermisai ni yg sedang sedap dibuai mimpi di situ. Dan selalunya mesti ada punya. Tujuan pagar automatik ni adalah supaya bila kita balik ke rumah, kita x payah keluar dari kereta untuk buka gate, boleh terus je bawak masuk kereta sebab gate boleh dibuka dari jarak jauh. Tp sekarang ni, aku kena berhenti plak depan gate, keluar kereta, cek dekat tepi rail ada ke x mereka2 ni yg sedang tido di situ, kalo xde baru bukak,kalo ada kena halau dulu, then baru bleh buka gate dan bawak kreta masuk. Tak ke tension dibuatnya.....pagar automatik dah hilang fungsinya...huhuhuhuhuhuuuu........

No comments: