Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Filem yang ditunggu-tunggu

YAAHAAA....akhirnya filem yg aku tunggu-tunggu bakal menjelma di pawagam pada tahun depan. Filem tersebut x lain dan x bukan ialah filem Toy Story 3!! Rasanya dah lama jugak sekuel filem ni x dibuat, ada la lebih 10 tahun rasanya. Trailer filem ini bolehlah anda saksikan di YouTube, x pun tgk kat bawah ni je :



Harap filem yg ke-3 ni setanding dgn filem2 yg sebelumnya x pun lebih better. To infinity...and beyond!!!

Wednesday, July 29, 2009

Putera Darah tinggal separuh..yg lain telah didermakan

YAAHAAA...semalam (Selasa 29 Julai 2009) aku telah membawa diri aku sendiri memasuki panggung wayang yg selama ini aku selalu lalu dihadapannya tapi x reti2 nak masuk dalam. Bukan kerana kekeringan fulus (walaupun mmg agak kering akhir2 ni), tetapi kerana ketiadaan movie yg menarik untuk ditonton. Panggung wayang yg dimaksudkan ialah MBO di U MALL.

Aku telah pergi menonton dengan Bro One5 (a.k.a Arizan), Korn, Wan dan Syed. Movie yg telah ditonton semalam ialah Harry Potter and the Half-Blood Prince. Sebenarnya dah lama Korn ajak tgk movie ni, tapi aku x berminat oleh sebab aku tidak menonton sekuel2 yg sebelum ni. Yg aku pernah tonton cuma episod pertama dan kedua je, yg selepas tu langsung x pernah tgk.So aku takut nnti aku x faham jalan cerita HP kali ni. Tapi disebabkan ramai yg nak pergi semalam, so aku pun join la sekaki.

Dari kiri: aku, Korn, Bro One5, Wan dan Syed

Tayangan bermula pkul 8, perkara yg pasti tidak akan dilupakan sebelum masuk ke panggung ialah membeli pop jagung. Namun aku agak kecewa ckit sbb pop jagung tu hangus sedikit, so sedikit kepahitan melanda tekakku. Dalam panggung x la ramai sgt orang, seat sebelah aku pun kosong. Setelah movie start, aku pun tgk dgn tekunnya..sbb nak bagi diri sendiri faham dgn setiap adegan disamping menghafal nama2 karekter dalam movie ni bagi mengelakkan kekeliruan. Tapi dorg ni pulak fokus pada henpon baru Syed yg masih segar dari ladang...adus, korg nak tgk movie ke tgk henpon?

Oh Emma..

Setelah tamat, aku sekadar puas hati dgn movie ni. Walaupun aku dah lama x menonton, tapi aku dapat rasakan yg sekuel kali ni kurang 'kick' ckit. Mcm xde adegan yg benar2 klimaks. Tapi masih boleh dikatakan memuaskan. Pasni aku mmg nak tgk sambungannya..hehehe...sbb aku nak tgk Emma Watson..hehehe...cun giler, sbb waktu episod 1 aritu dia masih kecik lg. X sangka plak bila dah besar panjang cun abis :) OK adios....

Sunday, June 28, 2009

Pertarungan besi-besi buruk

YAAHAAA....aku baru je balik dari menonton filem Tranformers : Revenge of the Fallen dengan adik2 aku dan member aku. Filem ni mmg best..aku kagum dgn kesan2 khas yg digunakan dan jalan ceritanya pun x mengecewakan. Duration nya lebih kurang 2 jam setengah..panjang gak la, sehinggakan membuatkan aku risau dan gelisah semasa menonton. Sebabnya, aku prnah dgr jiran aku kata yg filem ni mmg makan masa yg lama, tp aku x tanya pulak berapa jam. Tiket aku pukul 1.10 p.m, sure aku blum solat Zohor lagi time tu. Masa dalam panggung tu pulak, aku off HP, so x tau jam pkul brape. Aku jadi gelisah gak bila aku tgk mcm lama lagi je filem ni nak tamat. Nnti habis waktu plak. Tapi nasib baik bila filem tamat, aku tgk jam baru pkul 3.40 p.m...so lega sbb smpat lagi.


Mmg byk la robot2 baru kali ni, dan seperti biasala, Autobots mesti menyamar jadi kenderaan2 yg x power..cthnya mcm kereta, motor, jip dan sebagainya. Cuba la menyamar jadi kapal terbang ke, kereta kebal ke dan ape2 lagi kenderaan yg power..mesti senang nak kalahkan musuh. Kadang2 aku keliru gak bila tgk2 robot2 ni..sbb kebanyakannya bentuk lebih kurang sama. X dapat nak beza mana satu Megatron, StarScream dll bila dorg tgh berlawan. Tapi design2 robot2 ni mmg power giler..respek abis la. Bagi penonton laki plak (termasuk aku), selain dtg nak tgk robot2 dalam filem ni, dorg gak dtg sbb nak tgk babe filem ni...heheheh...Megan Fox mmg hot..patut la Angelina cemburu abis.

Aku bagi 9/10 bagi filem ni. Sesape yg blum tgk lagi, p la tgk, x rugi. Dekat tmpat aku ni, kalo x book tiket awal2, mmg xkan dpt tiket. Laku mcm goreng pisang panas...lapar la plak tetiba...hehehhe :)

Thursday, June 4, 2009

Bermalam di muzium ditemani gadis2 jelita

YAAHAAA....aku bermalam di muzium bersama gadis2 jelita?? hehehe...jgn plak terkejut ngan title di atas sebab ia x menggambarkan keseluruhan cerita yg aku nak kongsikan ni. Sebenarnya tajuk di atas digabungkan daripada 2 tajuk yg berbeza iaitu 'Bermalam di muzium' dan 'Gadis2 jelita'.

Bermalam di Muzium

Beberapa jam yg lepas, Wan, rakan se'dorm' aku time di SMTK mengajak aku menonton wayang filem Night at the Muzium 2. Pada mulanya aku sgt malas sbb terasa mcm bosan je filem ni sbb siri yg pertamanya pun sekadar biasa2 je bagi aku. Tp memandangkan xde apa nak dibuat so aku pun join dia. Yang menyertai rombongan cik Kiah ke panggung wayang ini ialah aku, Wan, adik2 Wan dan Lan(member SMTK aku gak). Selepas menonton, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali..sebab filem yg aku anggap bosan ini rupa2nya amatlah menarik dan kelakar. Lawak-lawak yg dihidangkan kali ini mmg sempoi..smpai menangis-nangis aku gelak dalam panggung tu. Kira x menyesal la aku beli tiket. Tapi ini cuma pendapat aku je, mane tau kalo filem ni x kena ngan taste korg ke. Tp bg aku kalau korg rasa nak ceriakan hati korg, sila2 lah menonton filem ini. Aku mmg minat tgk crita2 lawak mcmni..bila2 nnti nak tgk Monster vs Alien plak.


Gadis2 Jelita

Gadis yg aku mksudkan ni bukanlah gadis2 sebenar, mereka ini hanyalah gadis2 di alam fantasi yang bernama Yuna, Rikku dan Paine (YRP). Ia berkaitan dengan game yg aku sedang main sekarang ni. Game tersebut ialah Final Fantasy X-2. Aku main game ni untuk mengetahui kesudahan FFX yg aku main sebelum ni. Apa yg aku nak kongsikan ni ialah bukan berkaitan dengan gameplaynya, tp berkaitan dengan masalah CD game ni. Apabila tiba di satu babak di mana Yuna sedang menyanyi di atas Celcius semasa Yunapalooza, video jadi hang dan tersekat-sekat. Dah banyak kali aku reset tapi still x boleh nak lepas scene tersebut. So aku pun beli lg 1 CD FFX-2, dan ada masalah gak, bila aku load save file, dia x keluar apa2..cuma keluar skrin hitam je. Aku dah nak giv up dah time tu, tp nasib baik percubaan terakhir aku menjadi..apa yg aku buat ialah mula2 aku pakai CD lama...bila smpai babak yg hang tu, aku buka penutup PS2 dan tukarkan dgn CD baru..dan x tersangka-sangka video tersebut terus jadi lancar dan dapat dimainkan sehingga habis..hohohho...betapa gembiranya hati aku time tu.

Okla...smpai cni jela aku merepek hari ini...adios...

Saturday, May 30, 2009

Manusia VS Robot : Siapa lebih kuat?

YAAHAAA....arini aku dan adik2 aku telah pergi menonton wayang. Filem yang telah ditonton ialah Terminator:Salvation yang baru ditayangkan baru2 ni. Aku mmg nak tgk sangat filem ni sebab aku mmg minat giler, semua episod dah aku tonton.

Tayangan bermula pkul 3 ptg dan kami tiba di sana dalam pukul 2.50 ptg, x smpat nak beli popcorn sebab adik bongsu aku beriya-iya sgt nak masuk cepat..sebab dia ingatkan kalau lmbat masuk nnti pintu kena kunci. Hehehe...akibatnya semua berlapar time menonton smbil melihat orang sebelah sedang sedap menjamu selera.

Tiket yg dibeli..RM9

Selepas habis menonton..mmg aku puas hati giler dgn filem ni. Kesan khas dia mmg gempak habis..dan penuh dengan aksi. Kadang2 aku teringin nak belajar macamana cara pengarah filem ni buat filem2 seperti ini. Patutla kebanyakan filem mat salleh memakan kos yg berbilion-bilion berbanding filem tempatan, kerana hasilnya pun setimpal dengan kos. Tapi bagi aku x hairan sgt bila mat salleh boleh hasilkan filem berbaget besar mcm ni sbb mereka boleh jual filem mereka di serata dunia, so keuntungan yang mereka perolehi dapat cover balik kos filem.

Terminator??

Apa2 pun, sape2 peminat filem ni yg masih belum menonton..cepat2 la pergi panggung. Aku jamin korg mesti xkan rugi punya. Adios..