Showing posts with label Game. Show all posts
Showing posts with label Game. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

Musim Peperiksaan

YAAHAAAA... mcm biasa la bila exam dah dekat, mula la otak ni serabut balik seperti yg selalu terjadi di hujung setiap semester. Walaupun sem ni aku ambik sikit je subjek, but still memeningkan kepala jugak. Mana tidaknya, semua subjek sem ni jenis yg kena baca & hafal...adus, sungguh tidak berminat sekali...huhuuuu.

Menambahkan penderitaan aku lagi bila hari peperiksaan bagi kesemua subjek tersebut adalah berturut-turut tanpa sbarang gap...mampos la camni. Dah tu pulak, hari-hari tersebut adalah hari-hari terakhir bagi sesi peperiksaan Fakulti aku..so aku x boleh nak balik awal la. Sejak kebalakangan ni selalu je nampak budak2 row aku kemas2 bag nak balik, siap ade yg terpekik terlolong nyanyi2 lagu, kononya nak meraikan exam diorang yg telah habis...aku ni exam pun blum mula lagi. Jelez betul dibuatnya.

Dan time2 nak exam ni jugaklah mcm2 game datang menjenguk aku... merayu minta aku tolong main (alasan xnak mengaku yg sendiri mmg nak main). So ini telah menyebabkan study aku terganggu yg amat sangat. Bukak buku setengah jam, main game 2 jam. Ini lah anasir2 yg menggangu study aku sepanjang musim peperiksaan ni :


FINAL FANTASY VII
Dah nak dekat habis dah game ni. Kalau ikutkan dah boleh habiskan, but saje je nak habiskan extra quests yg mencabar x ingat dunia punya. Aku dah x ingat ini kali ke berapa aku main FF7 sejak aku mula beli PSOne time sekolah menegah dulu hinggalah sekarang.


POKEMON PLATINUM
Yang ni baru je download ROM dia, but x main lagi. Rasa malas pun ada sebab mesti lebih kurang sama je dengan Pokemon Pearl yg aku pernah main sebelum ini.


POKEMON HEART GOLD & SOUL SILVER
Aku try download ROM menatang ni but x boleh. Sekarang dorang letak syarat pulak kalau nak download. Syaratnya kita mesti buat perjanjian yg kita kena beli katrij yg betul bila dorang release nanti. Jangan harap la aku nak beli. Menyesal aku x download awal2 sebelum dorang letak syarat ni..huhuuuu.

FINAL FANTASY IV NDS
Yes!!! Inilah game yg aku nanti2 kan selama ini. Sebelum ni memang teringin nak main FF4 ni but bila memikirkan yg grafiknya cuma 2D , malas terus aku nak main. But setelah game ni dibuat semula pada pelantar NDS, x sangka pulak yg ianya akan menjadi game 3D. So memang feeling la bila main, terasa mcm main game2 FF7 pulak.

Lepas exam ni bermulalah cuti yg agak panjang...x sabar rasanya but ntah apa la aku nak buat cuti ni. Ade la kawan2 lama buat reunion, mesti best punye. Ade jugak member yg nak kawin...bleh la aku makan free...hehehe.


p/s : Study la sham wei, ade masa lak tulis entri ni..hohoo

Thursday, April 1, 2010

Tales of the Abyss COMPLETED

YAAHAAAA.... PUAS HATI!! Itulah yg aku dapat katakan tentang perasaan aku ketika ini. Ini kerana aku telah berjaya juga menghabiskan game RPG, Tales of the Abyss setelah berbulan-bulan lamanya. Bukan sebab game ni memakan masa yg lama untuk dihabiskan tetapi disebabkan proses bermain yg asyik tertangguh sahaja..maklumlah game ni untuk PS2, so bila aku balik ke UTM, aku terpaksa la stop main. Hanya boleh main bila berada di rumah je. Korang tau kan yg aku ni kaki game, so saje je nak crita sikit tentang game ni di entri kali ni. Bagi sesiapa yang x minat game, rasanya mesti x berminat nak baca pun.


Selama ini aku pernah main pelbagai game RPG, dan bagi aku Final Fantasy adalah yg terbaik antara game2 kategori ini. Namun aku x sangka Tales of the Abyss ini juga merupakan sebuah game RPG yg hebat, best, dan menarik. Aku berani bagi 4.9/5 untuk game ni. Aku admit pada mulanya aku rasa game ni BOSAN, siap dah bgtau pada Nazerin(kaki game tersohor) yg game ni x best. Tapi lama kelamaan jalan ceritanya semakin menarik, dan buat aku x sabar nak tahu apa yg akan jadi seterusnya. Bagi sesiapa yg x pernah main game RPG, game jenis ni lebih kurang mcm korang tonton movie kat panggung or TV, but ianya cuma dalam bentuk game dan kadangkala korang sendiri yg bakal menentukan jalan ceritanya.

Sebelum game ni bermula ada montaj, but aku x pernah tgk pun. Sengaja aku skip, sebab FYI, aku memang benci SPOILER!! Bagi aku, sesuatu cerita tu dah x best kalau kita dah tau babak-babak yg bakal terjadi. Sebab itu la aku x kan tgk 'The Making' apa2 cerita sekalipun selagi aku x tonton cerita tersebut. Oklah, berikut merupakan sebab kenapa aku suka sgt game ni dan rasa ianya sesuatu yg hebat, ikut turutan:

1) Jalan cerita yg amat menarik
2) Semua karekter dihidupkan dengan baik, setiap sorang ada personaliti tersendiri
3) Grafik yg cantik dan colourful
4) Dialog yang kelakar, kadangkala menyayat hati
5) Banyak moral values untuk dunia dan manusia

Kalau ikutkan aku nak je cerita tentang sinopsis game ni, but aku sendiri pun x tau nak cerita macamana sebab agak berbelit-belit. Boleh la baca di Wikipedia ye..heheh. Sekarang kita masuk ke topik yang lain pulak : Watak-watak yg terdapat dalam game ni.

LUKE FON FABRE

Watak utama game ni. Anak kepada pembesar kerajaan Kimlasca, Duke Fabre. Seorang yang selfish, menjengkelkan dan sombong. Namun setelah dia mengetahui dia cuma replika(or klon) kepada anak sebenar Duke Fabre, sikapnya mula berubah menjadi baik. Dia ingin menghalang tuk gurunya, Van daripada merosakkan Auldrant(nama bumi dalam game ni).

Battle : Kuat, but agak slow berbanding Guy. Aku x berapa minat mystic art dia sebab lingkungan kawasan serangan amat kecil. Selalu termiss pihak lawan bila guna. But overall mmg antara karekter yang best. (hero la katakan)

Komen : Pada mulanya aku teramat-amatlah menyampah pada dia ni sebab perangainya sungguh annoying. But bila dia mula berubah, aku jadi teramat suka plak ngan karekter ni.


TEAR GRANTS

Heroin dalam game ni. Seorang yg serius, but penyayang. Dalam diam dia jatuh cinta pada Luke, but Luke amatlah sengal sebab x perasan langsung ada orang syok kat dia. Walaupun nampak serius dan matang sepanjang masa, rupanya-rupanya kelemahan dia ni dia ni pantang tgk benda2 comel. Dia ingin menghalang abangnya, Van daripada merosakkan Auldrant.

Battle : Walaupun serangan fizikal x kuat, but magic dia kuat giler. Namun kelebihan utama Tear ialah magic penyembuhan, so sebab itulah dia ni antara karekter yang wajib dibawa ke medan perang.

Komen : Aku suka tengok perangai dia bila nampak benda2 comel..jadi x tentu arah dibuatnya.


JADE CURTISS

Seorang pakcik(sebab umur dah 35) yang amat genius but suka memerli dan menyakat orang. Amat tenang mengawal apa jua situasi. Boleh dikatakan segala krisis yg timbul dalam game ni disebabkan oleh kesilapan Jade semasa kecil dahulu yg banyak melakukan eksperimen terlarang. Sebab itu dia menyertai kumpulan Luke untuk menebus semula dosanya yg lalu.

Battle : Magic dia memang mantop!! Terutamanya Meteor Rain. Dia ni bleh dikira sebagai black mage kalau dlm Final Fantasy. But serangan fizikal x berapa kuat.

Komen : Jade sebenarnya antara karekter yg menghidupkan suasana dalam game ni. Kata-kata sinisnya selalu buat aku ketawa. Kalau xde Jade, memang x berapa best la game ni.


GUY CECIL

Rakan karib dan hamba Luke. Juga anak murid Van. But dia ni sebenarnya anak bangsawan kerajaan Makulth (musuh Kimlasca), tujuan dia menyamar adalah untuk membalas dendam kerana keluarganya telah terbunuh dalam perang, dengan cara membunuh Luke. Namun setelah lama berkawan dengan Luke, Guy mula berubah. Dia dah lupakan dendam lamanya tu.

Battle : Amat pantas...senang nak mengelak serang pihak lawan. Mystic art dia juga lebih best berbanding Luke.

Komen : Karekter yg peramah, but bila dia marah, memang marah betul. Tapi yg kelakarnya Guy ni fobia dengan perempuan. Bila perempuan dekat dengan dia je, dia akan menjerit ketakutan.hehehe.


ANISE TATLIN

Guardian kepada Fon Master Ion. Budak comel yg rasa dirinya dah besar. Asyik menggatal ngan lelaki. Impiannya nak kawin dengan lelaki kaya raya. Dalam diam2, rupa-rupanya dia ni spy kepada pihak musuh. But dia buat semua ni sebab mak bapak dia kena tawan. So nak x nak dia kena ikut kata musuh tu la.

Battle : Battle style paling pelik. Dia menunggang patung yang selalu dia bawa ke mana-mana tu, yang diberi nama Tokunaga. So maksudnya dia x buat apa2 pun, serahkan semua pada Tokunaga untuk membelasah musuh. Tugas Anise cuma cast magic sahaja.

Komen : Aku x berapa minat pakai dia. But magic dia banyak juga yg power. Cuma suka tengok perangai gedik dia...hehehe


NATALIA L.K. LANVALDEAR

Puteri kepada kerajaan Kimlasca. Tunang kepada Asch. Seorang puteri yg baik hati dan penyayang. But rupa-rupanya dia bukan anak kandung raja, bahkan ayah sebenarnya adalah Largo, salah seorang musuh mereka. Setelah Natalia ketahui semua ni, dia mengalami tamparan yang hebat.

Battle : Suka guna dia sebab boleh serang dari jarak jauh guna bow. Natalia juga ada magic heal yg amat berguna dalam peperangan.

Komen : Suka ngan sikap dia. Namun dia mcm konfius samada dia sebenarnya suka pada Luke or Asch. But aku rasa dua2 dia x dapat. Tapi aku rasa dia padan ngan Guy.




OK...berikut pula adalah NPC yg baik...yg bnyak menyumbang jasa dalam perjuangan Luke dan kawan-kawanya:

MIEU

Apa yg boleh aku katakan pada karekter ni...COMELLLNYEE.... aku suka dengar suara dia, kiut. Seeekor Cheagle yg setia kepada Luke walaupun Luke x melayannya dengan baik. Abilitinya banyak membantu Luke sewaktu mengembara.


FON MASTER ION

Ketua kepada Order of Lorelai. Amat berpengaruh. But realitinya dia juga cuma sebuah replika kepada Ion yg asal. FYI, dia ni lelaki.








NOELLE

Pilot kepada Albiore, jet yg dinaiki oleh Luke n da gang sepanjang pengembaraan.







Berikut pula adalah watak2 jahat(or x berapa jahat) dalam game ini :


ASCH THE BLOODY

Salah seorang daripada 6 God General. Nama asalnya adalah Luke Fon Fabre, but setelah replikanya dihasilkan..dia menghilangkan diri dan tidak pernah pulang. Setelah itu dia telah menggunakan nama Asch, dan membuang identiti sebenarnya. Amat benci dengan Luke. Dia satu2 nya 6 God General yg menentang Van. Banyak menolong kumpulan Luke tapi x mahu join kumpulan tu, suka bersendirian. Akhirnya setelah kalah dalam pertarungan dgn Luke, dia admit kehebatan Luke. Akhirnya dia mati demi membantu Luke.




LEGRETTA THE QUICK

Jurulatih kepada Tear. Senjatanya adalah pistol berkembar. Jatuh cinta pada Van, dan sanggup berkorban deminya. Bagi aku, dia ni musuh kedua terkuat dalam 6 God General.









SYNC THE TEMPEST

Bertopeng pada peringkat awal kerana merahsiakan identitinya, rupanya dia juga adalah replika kepada Ion yg asal. Namun dia direject kerana dia replika yg tidak sempurna. Sebab itu Sync tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam. Bagi aku, dia ni musuh terkuat dalam 6 God General.







LARGO THE BLACK LION

Ayah kandung Natalia. Ingin membalas dendam kerana anaknya dirampas oleh kerajaan dan isterinya membunuh diri disebabkan itu. Kuat tetapi slow. X susah sgt nak kalahkannya.









DIST THE REAPER

Orang gila. Selalu suruh orang panggil dia Dist the Rose. Asyik duduk atas kerusi bergerak dia je, malas nak berjalan. Rakan Jade sejak kecil but menjadi musuh sebab bertentangan pendapat. Juga genius mcm Jade. Aku rasa dia ni x pernah berlawan, sebab asyik lawan guna robot ciptaan sendiri je. Nmpak mcm hebat, but hampeh.






ARIETTA THE WILD

Musuh kepada Anise. Dibela oleh binatang buas sejak kecil menjadikan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan (mcm tarzan la ni). X berapa kuat sgt.









VAN GRANTS

Boss terakhir dalam game ni. Dialah yg merancang segala krisis yg berlaku, demi mencapai matlamatnya yg x logik langsung. Abang kepada Tears dan tuk guru kepada Luke, Asch dan Guy. Dulu seorang yg baik, tetapi dendam telah merubahnya. Pahlawan yg kuat, banyak skill berpedang. Akhirnya mati di tangan Luke and da gang.







Walaupun bos terakhir adalah Van, but that doesnt mean he the strongest one. Dalam game ni terdapat pihak lawan yg lebih susah daripada bos terakhir, but kita x diwajibkan untuk lawan mereka pun. Cuma jika kita pilih untuk berlawan dengan mereka dan kita menang, kita akan mendapat senjata atau barang2 yang amat bagus dan berkuasa. So sape yg x mau kan...BUT....mereka2 ni memang kuat nak mampos. Kalau x menggunakan strategi yg betul, mmg xkan menang. Mereka adalah seperti di bawah ni :


REID / NANALY / PHILIA / MINT

Dorang berempat ni dtg tiba2 sewaktu kita main 'team advanced mode' dekat Collesium. Mula-mula aku ingat selepas pusingan ketiga, perlawanan dah tamat..so aku hepi la. Tetiba ada perlawanan tambahan pulak. X pasal2 aku kalah 1st time lawan dorg...lack of preparation. Bila lawan lagi sekali, aku hentam dorg puas2...but amatlah SUSAH nak menang ngan dorang ni.

* Tiada gambar dijumpai untuk mereka ini


NEBILIM


Boss paling susah dalam game ni. Bukan aku je kata mcmni, semua gamers yg main game ni kata mcm ni di internet. Mana x nya, spell magic dia power nak mampos. Siap boleh bekukan masa, pastu serang kita ngan magic. X aci betul la minah ni. HP dia pula sebanyak 320000. Team yg aku pakai masa lawan minah ni ialah Luke, Tear, Guy dan Jade. Setelah berhempas pulas dekat 20 minit, akhirnya dapat gak aku kalahkan minah ni. Then terus aku save cepat2, takut kalau tiba2 xde karen, abis aku kena main balik semula..huhuuu..

Sunday, January 3, 2010

Pokemon Battle : VS Michael Jackson?!!

YAAHAAA....video ni buat aku gelak sampai sakit perut...huhuuu...nasib baik boleh control kalau x mau hilang nyawa tadi gelak lebih2 sgt. Bagi siapa yg x pernah main game Pokemon, mungkin x terasa sgt lawaknya.

Saturday, January 2, 2010

Banyaknye kerja...

YAAHAAA...minggu ni terasa sungguh sibuk sekali. Bukan saja penuh dengan assignment, malah ditambah pulak dengan tugas2 yang perlu dibuat sebagai T.A. Serius aku katakan bahawa aku belum ready apa2 pun untuk mengajar kelas minggu depan. Harap boleh la aku prepare dalam 3 hari yg singkat ni. Lagipun x berapa ada mood 2 3 hari ni disebabkan oleh suatu perkara yg x boleh aku cerita di sini.

Namun walaubagaimanapun, aku tetap main game!!! Hehehe...tadi baru je lepas habis main Pokemon Pearl NDS. Susah giler nak kalahkan Elite 4, pastu lawan Champion tu lagi susah. Sbb jadi susah nak menang kali ni ialah kerana aku x latih sgt pokemon2 aku..so kebanyakan level ahli team aku lebih rendah dari Pokemon pihak lawan. Tapi bila terlalu mencabar tu, tu yg jadi makin seronok nak main. Actually game ni masih belum habis sepenuhnya, sebab ada extra game selepas tamat main game yg biasa.

Kenapalah kertas hijau tu menutup muka hero tu..

Berikut adalah Pokemon2 yg aku bawa untuk bertarung dengan Elite 4
~Dari kanan ke kiri~

Infernape (Fire/Fighting)
Palkia (Dragon/Water)
Luxray (Electric)
Staraptor (Normal/Flying)
Haunter (Ghost/Poison)
Roserade (Grass/Poison)
.
.

Friday, October 30, 2009

Gotta Catch'em All

YAAHAAA.....why? kenape time2 mcmni la ada game aku nak main. Bukan apa, yang membuatkan aku kisah sebab sekarang ni musim exam. Bila aku nak study kalo asyik main game je. Bagi siapa2 yang kenal aku, diorang akan tau yang aku ni kaki game. Sehari x main game boleh jadi giler. hehehe..so exam atau tidak, aku nak main game jugak..hehehehe.

Game yang aku main kali ini ialah Pokemon Pearl (NDS) tapi main kat PC guna emulator, xde duit nak beli NDS. Aku start main malam semalam, tapi memang agak terseksa ckit sebelum dapat main. Mcm2 perkara dan setting perlu buat, dan Alhamdulillah dapat jugak aku main game ni tanpa sebarang error (buat setakat ini la). Di bawah ada aku selitkan beberapa shot yang aku ambil semasa main game ni :

Bandar nampak lebih realistik (mcm 3D sikit)

Boleh tengok berat Pokemon melalui penimbang..best giler

Battle scene yg lebih besar sebab guna Dual Screen
.
.

Monday, October 19, 2009

Game pertarungan terhebat abad ini

YAAHAAAA....sejak akhir2 ni aku selalu main Final Fantasy Dissidia (FFD), dan game ini amatlah menarik. Pada mulanya, aku hampir give up nak main sebab masa tu aku masih x faham dan x familiar dengan gameplay game ni. Cuma baru2 ni aku sudah terbiasa dengan cara permainannya. Aku ada letak salah satu video pertarungan yang aku save semasa aku main, dan telah di-upload ke YouTube (8 jam upload baru selesai..'pantas' betul internet). Sebenarnya aku nak upload kat FB, tapi bar upload tu x gerak2...sedih betul. So aku pun upload la di YouTube.

Pertarungan Cloud VS Sepiroth (dua2 level 71). Aku control Cloud. Ntah bila la aku boleh main multiplayer..asyik2 lawan dengan CPU je.


Friday, July 10, 2009

Mari Main Game

YAAHAAA...akhirnya berjaya jugak aku upload game ni. Thankz to Azizi sbb ajar aku. Actually game ni dibuat as an asiggment utk subjek Multimedia, di mana aku dikehendaki membangunkan sebuah perisian pembelajaran English. Memandangkan aku x sehebat Azizi dlm menggunakan Flash, ini sajalah yg mampu aku hasilkan. Grafik mmg agak berpixel sbb aku lukis sendiri atas kertas, pastu edit dan warnakan dlm photoshop, so x cantik. Kalo ada kesalahan kat mana2 tu, anggap je la aku silap buat..hehhehe. Tapi kalo ada kesalahan jawapan or soalan, itu salah buku yg aku rujuk sbb semua soalan aku ambil dari ctu. OK enjoy :)

Tajuk : Max Adventure

Dibangunkan oleh : Sham a.k.a DBlaze

Release : 2008

Genre : RPG kot

Sebelum mula main :
- better tunggu lebih kurang seminit dua sebelum main supaya nnti x sangkut2
- ada secret scene dlm ni, dimana hanya akan dipaparkan bila menepati syarat2 tertentu. Cuba la cari..hehehe
-pastikan internet anda sedang laju..kalo x byk error akan berlaku!!






* Semua lagu latarbelakang diambil dari game Final Fantasy 7, 8 dan 9 yg dihasilkan oleh syarikat SquareSoft (sekarang dikenali sebagai SquareEnix). Game ini ditayangkan bukan atas dasar komersial (mmg xde nilai utk dikomersialkan pun)

Saturday, July 4, 2009

Profil Sebabetof

YAAHAAA...kerana terlalu bosan, aku terfikir utk memperkenalkan seseorang (or maybe lebih tepat 'seekor') haiwan peliharaan aku. Ia bukanlah haiwan peliharaan di dunia nyata, tetapi ialah haiwan peliharaan di dunia virtual. Jika di dunia nyata aku membela kucing (di rumah) dan hamsters (di kolej)..di dunia virtual pula aku membela makhluk pelik, rupa seakan-akan arnab + landak but figure mcm manusia.

Nak diringkaskan cerita, Sebabetof ni nama yg aku berikan kepada haiwan peliharaan aku di Pet Society (PS). Aku percaya ramai pengguna FB tau pasal game ni dan masing-masing sudah ada pet mereka sendiri. Aku start main PS ni sem lepas setelah diperkenalkan oleh member aku. Pada waktu tu, game ini amat digilai ramai terutamanya member2 kelas aku. Pada mulanya aku tiada akaun FB, yg ada cuma akaun Friendster je, tapi disebabkan nak main game ni aku telah mewujudkan akaun FB untuk diri aku sendiri. Mula2 nya semua tu utk main game ni je, yg ruangan FB tu aku x sentuh pun. Tapi lama kelamaan, FB semakin melekat di hati manakala Friendster pula semakin mula dilupai..hehehe...kesian Friendster.

Tak menjadi masalah bagi aku untuk buat profil utk Sebabetof ni sbb imej dia ni x mengalami banyak perubahan walaupun dah lama aku main. Aku sengaja x ubah imej, supaya bila orang tgk org boleh tau yg dia ni Pet aku. Imej tersebut bolehlah dilihat pada rajah di bawah.


Warna : Biru (sbb warna feveret aku)

Rambut tajam : beli sbb mcm super saiyan Dragonball (tapi harganya cekik darah btul)

Jaket berbulu : suka sbb menyerupai hero Final Fantasy 8, Squall Leonheart

Jam tangan : untuk menepati waktu..hehehe

Topi polis : dari mula dapat dulu mmg jarang ditinggalkan

Seluar hitam : seluar biasa je

Gelang emas : dapat free, saje pakai

Kasut ayam : pakai sbb warnanya yg cerah dan kelihatan comel


Manakala rajah di bawah pula ialah bilik2 yg terdapat dalam rumah Sebabetof. Barang2 x banyak sbb dia ni x byk duit..huhuhuhu.



Okla..cukup smpai cni. Aku nak kena p dgr taklimat yg membosankan lepas ni. Lambat plak nnti....adios guys :)



Thursday, June 4, 2009

Bermalam di muzium ditemani gadis2 jelita

YAAHAAA....aku bermalam di muzium bersama gadis2 jelita?? hehehe...jgn plak terkejut ngan title di atas sebab ia x menggambarkan keseluruhan cerita yg aku nak kongsikan ni. Sebenarnya tajuk di atas digabungkan daripada 2 tajuk yg berbeza iaitu 'Bermalam di muzium' dan 'Gadis2 jelita'.

Bermalam di Muzium

Beberapa jam yg lepas, Wan, rakan se'dorm' aku time di SMTK mengajak aku menonton wayang filem Night at the Muzium 2. Pada mulanya aku sgt malas sbb terasa mcm bosan je filem ni sbb siri yg pertamanya pun sekadar biasa2 je bagi aku. Tp memandangkan xde apa nak dibuat so aku pun join dia. Yang menyertai rombongan cik Kiah ke panggung wayang ini ialah aku, Wan, adik2 Wan dan Lan(member SMTK aku gak). Selepas menonton, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali..sebab filem yg aku anggap bosan ini rupa2nya amatlah menarik dan kelakar. Lawak-lawak yg dihidangkan kali ini mmg sempoi..smpai menangis-nangis aku gelak dalam panggung tu. Kira x menyesal la aku beli tiket. Tapi ini cuma pendapat aku je, mane tau kalo filem ni x kena ngan taste korg ke. Tp bg aku kalau korg rasa nak ceriakan hati korg, sila2 lah menonton filem ini. Aku mmg minat tgk crita2 lawak mcmni..bila2 nnti nak tgk Monster vs Alien plak.


Gadis2 Jelita

Gadis yg aku mksudkan ni bukanlah gadis2 sebenar, mereka ini hanyalah gadis2 di alam fantasi yang bernama Yuna, Rikku dan Paine (YRP). Ia berkaitan dengan game yg aku sedang main sekarang ni. Game tersebut ialah Final Fantasy X-2. Aku main game ni untuk mengetahui kesudahan FFX yg aku main sebelum ni. Apa yg aku nak kongsikan ni ialah bukan berkaitan dengan gameplaynya, tp berkaitan dengan masalah CD game ni. Apabila tiba di satu babak di mana Yuna sedang menyanyi di atas Celcius semasa Yunapalooza, video jadi hang dan tersekat-sekat. Dah banyak kali aku reset tapi still x boleh nak lepas scene tersebut. So aku pun beli lg 1 CD FFX-2, dan ada masalah gak, bila aku load save file, dia x keluar apa2..cuma keluar skrin hitam je. Aku dah nak giv up dah time tu, tp nasib baik percubaan terakhir aku menjadi..apa yg aku buat ialah mula2 aku pakai CD lama...bila smpai babak yg hang tu, aku buka penutup PS2 dan tukarkan dgn CD baru..dan x tersangka-sangka video tersebut terus jadi lancar dan dapat dimainkan sehingga habis..hohohho...betapa gembiranya hati aku time tu.

Okla...smpai cni jela aku merepek hari ini...adios...