Sunday, June 28, 2009

Pertarungan besi-besi buruk

YAAHAAA....aku baru je balik dari menonton filem Tranformers : Revenge of the Fallen dengan adik2 aku dan member aku. Filem ni mmg best..aku kagum dgn kesan2 khas yg digunakan dan jalan ceritanya pun x mengecewakan. Duration nya lebih kurang 2 jam setengah..panjang gak la, sehinggakan membuatkan aku risau dan gelisah semasa menonton. Sebabnya, aku prnah dgr jiran aku kata yg filem ni mmg makan masa yg lama, tp aku x tanya pulak berapa jam. Tiket aku pukul 1.10 p.m, sure aku blum solat Zohor lagi time tu. Masa dalam panggung tu pulak, aku off HP, so x tau jam pkul brape. Aku jadi gelisah gak bila aku tgk mcm lama lagi je filem ni nak tamat. Nnti habis waktu plak. Tapi nasib baik bila filem tamat, aku tgk jam baru pkul 3.40 p.m...so lega sbb smpat lagi.


Mmg byk la robot2 baru kali ni, dan seperti biasala, Autobots mesti menyamar jadi kenderaan2 yg x power..cthnya mcm kereta, motor, jip dan sebagainya. Cuba la menyamar jadi kapal terbang ke, kereta kebal ke dan ape2 lagi kenderaan yg power..mesti senang nak kalahkan musuh. Kadang2 aku keliru gak bila tgk2 robot2 ni..sbb kebanyakannya bentuk lebih kurang sama. X dapat nak beza mana satu Megatron, StarScream dll bila dorg tgh berlawan. Tapi design2 robot2 ni mmg power giler..respek abis la. Bagi penonton laki plak (termasuk aku), selain dtg nak tgk robot2 dalam filem ni, dorg gak dtg sbb nak tgk babe filem ni...heheheh...Megan Fox mmg hot..patut la Angelina cemburu abis.

Aku bagi 9/10 bagi filem ni. Sesape yg blum tgk lagi, p la tgk, x rugi. Dekat tmpat aku ni, kalo x book tiket awal2, mmg xkan dpt tiket. Laku mcm goreng pisang panas...lapar la plak tetiba...hehehhe :)

2 comments:

Pya said...

aku pown nak nengok gak lah cite ni.. hehee... sham, ko sambg master eh?? P/s: syam ke sham???

DBlaze said...

ejaan sham sbb nama aku hishamuddin..ahah, aku smbung..ntah bila la nak keje..huhuhuhuuu