Monday, July 6, 2009

Ist class of this semester

YAAHAAA....ptg tadi bermulalah secara rasmi kelas aku untuk sesi pengajian Sarjana. Untuk bidang Multimedia Education yg aku ambil ini, aku perlu mengambil 40 kredit untuk grad memandangkan mode of study aku adalah taught course. Tempoh minimum untuk memperoleh Master ialah selama 1 tahun setengah (3 sem) dan aku kalau boleh memang menjadikan tempoh tersebut sebagai sasaran. Setelah melakukan sedikit pengiraan, keputusan menunjukkan bahawa aku perlu mengambil sekurang-kurangnya 13 kredit untuk setiap sem.

Oleh itu, aku telah mendaftar 4 subjek untuk semester ini. Bagi aku ianya agak membebankan, harap aku boleh survive la. Semua kelas tersebut merupakan kelas sesi petang iaitu bermula pada pukul 4 p.m sehingga 7 p.m. kecuali kelas pada hari Khamis yg bermula pada pukul 9 a.m. Kelas pertama aku untuk sem ini telah bermula pada petang tadi, iaitu kelas Video and Animation Technology Production. Aku sememangnya minat subjek ini, sebab aku perlu hasilkan skrip dan belajar shoot video dan hasilkan animasi, dan mengikut kata lecturer yg mengajar subjek ini, mungkin lawatan ke stesen TV akan dianjurkan. Bestnya :) .Boleh belajar jadi direktor filem..hehehe. Subjek2 lain aku masih x tau best ke x sbb kelas masih belum bermula lagi.

Tapi kelas tadi agak membosankan sbb belajar teori je selama 2 jam setengah. Ntah berapa kali aku menguap depan lecturer tu, sian dia..hehehe. Setelah kelas tamat, perut pun lapar. Lepas solat Asar, ktorg pun keluar makan kat restoren ayam penyek Pinang. Sedap...nyumnyum..
Sekarang ni mata dah ngantuk. Ni semua disebabkan oleh kelas petang la ni. Okla aku nak tido..zzzz..zzz..zzzzzzzzzzz........

7 comments:

Pya said...

ayam penyet la sham bukan ayam penyek. hehee...

D'Blaze said...

ooo yeke...xtau la aku..ehehhehe...malunya....eheheh

.Gha A. said...

wahhh! budak masters ko sekarang ni ye. Aku je baru terkial2 abes psm. huhu. T_T

D'Blaze said...

takut la jadi budak master ni..huhuuu....susah..

Pya said...

bukan susah.. sgt susah.. =(

D'Blaze said...

setuju...hehehhe

D'Blaze said...

setuju...hehehhe