Saturday, July 4, 2009

Profil Sebabetof

YAAHAAA...kerana terlalu bosan, aku terfikir utk memperkenalkan seseorang (or maybe lebih tepat 'seekor') haiwan peliharaan aku. Ia bukanlah haiwan peliharaan di dunia nyata, tetapi ialah haiwan peliharaan di dunia virtual. Jika di dunia nyata aku membela kucing (di rumah) dan hamsters (di kolej)..di dunia virtual pula aku membela makhluk pelik, rupa seakan-akan arnab + landak but figure mcm manusia.

Nak diringkaskan cerita, Sebabetof ni nama yg aku berikan kepada haiwan peliharaan aku di Pet Society (PS). Aku percaya ramai pengguna FB tau pasal game ni dan masing-masing sudah ada pet mereka sendiri. Aku start main PS ni sem lepas setelah diperkenalkan oleh member aku. Pada waktu tu, game ini amat digilai ramai terutamanya member2 kelas aku. Pada mulanya aku tiada akaun FB, yg ada cuma akaun Friendster je, tapi disebabkan nak main game ni aku telah mewujudkan akaun FB untuk diri aku sendiri. Mula2 nya semua tu utk main game ni je, yg ruangan FB tu aku x sentuh pun. Tapi lama kelamaan, FB semakin melekat di hati manakala Friendster pula semakin mula dilupai..hehehe...kesian Friendster.

Tak menjadi masalah bagi aku untuk buat profil utk Sebabetof ni sbb imej dia ni x mengalami banyak perubahan walaupun dah lama aku main. Aku sengaja x ubah imej, supaya bila orang tgk org boleh tau yg dia ni Pet aku. Imej tersebut bolehlah dilihat pada rajah di bawah.


Warna : Biru (sbb warna feveret aku)

Rambut tajam : beli sbb mcm super saiyan Dragonball (tapi harganya cekik darah btul)

Jaket berbulu : suka sbb menyerupai hero Final Fantasy 8, Squall Leonheart

Jam tangan : untuk menepati waktu..hehehe

Topi polis : dari mula dapat dulu mmg jarang ditinggalkan

Seluar hitam : seluar biasa je

Gelang emas : dapat free, saje pakai

Kasut ayam : pakai sbb warnanya yg cerah dan kelihatan comel


Manakala rajah di bawah pula ialah bilik2 yg terdapat dalam rumah Sebabetof. Barang2 x banyak sbb dia ni x byk duit..huhuhuhu.



Okla..cukup smpai cni. Aku nak kena p dgr taklimat yg membosankan lepas ni. Lambat plak nnti....adios guys :)



4 comments:

Pya said...

aku tak reti main la sham.. ajo2..

D'Blaze said...

ko dah ade akaun FB, so bleh trus main. masuk je laman web pet society tu..then 1st thing yg dia suruh ko buat ialah bagi nama pet dan bentuk anggota badan pet tersebut dan warna. then bila dah siap, pet tu akan diberikan sebuah rumah dan beberapa perabot awal. so thats when the game begin..

matlamat : actlly xde cara utk menang pun, just mcm ko bela binatang je. yg penting ko kumpul duit, then beli perabot, pakaian or ape2 benda yg baru dan design rumah ko sendiri secantik mungkin supaya org tgk pun akan kagum..heheh..

cara kumpul duit :
1) melawat rumah kawan2
2) lumba lari di stadium
3) beri makan, mandikan or gosok2 pet rakan2 ko
4) dan lain-lain

lama2 nnti ko akan biasa dgn game ni..so enjoy :)

p/s: cepat2 la create pet, boleh la bertambah lagi sumber duit pet aku..hhhihihihiii

Pya said...

okay2, besok aku try create. member aku sume da ade da mende ni, tp aku je tak reti2 nak men. hihiii...

D'Blaze said...

orait :)