Friday, September 25, 2009

Raya..raya...raya

YAAHAAA.... hari raya datang lagi. Setelah Ramadhan meninggalkan kita, Syawal pula melawati kita. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk merayakan hari yang mulia ini. Tak terlambat bagi aku untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang melawati blog aku ini..hulur2 la sikit duit raya korang kat aku.hehehe. Di sini ingin aku kongsikan beberapa pengalaman aku semasa menyambut hari lebaran ini. Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera henpon sabun aku, so kualiti memeng agak low sikit. Gambar2 yang ditangkap guna kamera biasa ada kat akak aku, tapi x ambil lagi dari dia.

Bakar lemang : Aku dan along aku terlibat dalam aktiviti membakar lemang, membantu pakcik aku. Hebat jugak along aku ni bakar lemang..banyak jugak la aku belajar selok belok aktiviti ni dari dia. Panas giler..nasib baik ada spek mata hitam yang amat berguna time2 macam ni.


Main mercun : Aku sebenarnya x terlibat dalam aktiviti ni, cuma sekadar menjadi penonton je. Pakcik aku yang giler mercun telah membakar satu kotak mercun yang berharga beratus ringgit, memang cantik bunga apinya. Tapi ada ke patut dia letak kotak tu betul2 tepi jalan utama. Tiba2 mercun tu pulak meletup x tentu arah..sampai kena 2 3 kereta yang lalu di jalan tersebut. Nasib baik xde motor yang lalu, kalau x mesti berlaku kemalangan punya.


Beraya : Banyak jugak la rumah sedara mara yang aku singgah beraya tahun ni (namun 'pendapatan' yang diperoleh x la banyak mana pun). Rumah member yang aku sempat melawat pulak adalah rumah member masa dekat Teknik dulu, Wan. Kebetulan lagi seorang member aku pun ada jugak time tu, Lan namanya. Kitaorang makan2 sambil bercerita tentang bola, MU lawan M. City yang berlangsung kelmarin. Memang makan bola, tido bola, raya pun bola.


Tengok Wayang : Adik2 aku beriya mengajak aku tengok wayang cerita Jin Notti. Aku nak tengok G-Force sebenarnya, nak x nak terpaksa tengok. Sebelum masuk wayang, aku x lupa untuk membeli makanan ringan feveret aku...iaitu Popcorn. Setelah selesai menonton, apa yang boleh aku komen ialah boleh tahan la cerita ni. Mawi memang hero melayu. Namun ada sedikit kesilapan dalam penyuntingan filem ni, yang agak kelakar bila difikirkan semula. Pelik macamana syarikat power macam KRU boleh buat silap.



Makan KFC : Pada raya ke-5, aku merayau-rayau dengan adik2 aku..sebab x tau nak buat apa. So singgah la KFC..memandangkan diorang pun dah lama x makan KFC. Aku ade jugak makan KFC 3 kali dalam bulan puasa yang lepas waktu berbuka. Tapi masih rindu pada Cheeze Wedges.


Gantung gambar : Memandangkan gambar yang aku tangkap di studio dah siap, so tibalah masa untuk meletakkannya dalam frame. Mula2 ingatkan nak beli frame baru then letak sebelah gambar grad diploma, tapi apak aku kata gantikan je dengan gambar diploma tu..huhuhuuu..kesian kat gambar tu. So aku pun tampal la gambar grad diploma tu kat pintu bilik aku. Daripada disimpan begitu saja.

.
.
.

2 comments:

Fito Freak said...

slmat ari raye~
even da sminggu hehehe
maaf zahir n batin

wet raye?
:))

D'Blaze said...

slamat ari raya...wet raya dah abis la...hehheee