Tuesday, June 21, 2011

Kemas Mengemas

Memandangkan majlis aqiqah anak buah yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini, so macam biasalah kerja kemas mengemas rumah is a must. Memandangkan aku telah dikurniakan ketinggian hampir 180cm, jadi tugas aku tentunya mempunyai kaitan dengan ketinggian tersebut...iaitu...

MEMBERSIHKAN KIPAS!!

Penat jugak nak turun naik tangga membersihkan kipas2 tersebut, dah rasa macam lawan Ladder Match dalam pertandingan gusti plak. Dalam rumah aku dah la ada banyak kipas, dapat2 pulak kebanyakan kipas tersebut ada 5 bilah. Huhuhuuu...ade sesape nak tolong?? Hehehe...

Berebut-rebut diorang ni nak bersihkan kipas rumah aku..hehe


p/s : tengah tunggu lampu hijau untuk print bunting majlis

No comments: