Sunday, March 3, 2013

Fatal Chaos..Memang Chaos Sungguh

YAAHAAAA...teringin meng'update' blog balik setelah lama tak buat. Walaupun rasanya hanya beberapa orang yang akan baca, namun tak kisah lah. Janji dapat puaskan hati sendiri..hehehe. Antara sebab nak mula menulis balik adalah kerana kawan aku, Fana ajak aku dan kawan-kawan tulis blog. Tak sangka plak beliau aktif berblogging, sebab sejak kenal tak pernah pun beliau beritahu yang beliau ada blog. So marilah rakan-rakan semua (Din, Korn, Cik Daa, Ija, Su) kita menulis blog. Dengan itu dapatlah kita sama-sama berkongsi cerita (padahal hari-hari dok bersembang dalam lab). Selain itu, tak boring ke korang asyik tulis thesis je, sekali sekala tulis la blog plak..hahaha.

Eeermm... sebenarnya aku tak tahu apa nak diceritakan dalam entry aku yang ini. Sebab takde apa-apa yang menarik boleh diceritakan. So apa yang terlintas di fikiran sekarang ni ialah tentang komik yang baru-baru ni aku baca, iaitu Fatal Chaos karya kartunis Ben. Komik ni sebenarnya dah lama keluar, tapi baru sekarang aku beli semuanya dan baca. Ada 5 siri, 4 yang terawal memang gempak habis...tapi siri yang terakhir memang hampeh giler. Geram plak bila membacanya sampaikan rasa penat je aku baca dari awal. Nak tau apa sebabnya? Siri yang terakhir tu telah dilukis oleh orang lain, bukannya Ben. So cerita jadi tunggang langgang + lukisan tak secantik lukisan Ben. Membara plak rasanya..huhuuu. Dengar kata hal tersebut berlaku kerana Ben berhenti kerja dengan syarikat asal dia atas sebab-sebab tertentu, so kartunis lain terpaksa ganti untuk meneruskan siri tersebut. Yang menjadi mangsa di sini ialah legasi komik ini dan juga para peminatnya..

Why...huhuuuu

Koleksi Fatal Chaos yang 'ending'nya yang sungguh mengecewakan
.
.

1 comment:

Unknown said...

The ending is bad too. Citer betul2 jadi chaos
Haha