
Game ni mmg hebat, bergenrekan RPG tp campur 3rd person game. Dlam ni kite cuma mengontrol seorang je karekter iaitu Zack Fair, seorang Soldier 2nd class yg kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi 1st class(nasib baik x dimasukkan dlm class Bunga Matahari ke, Orkid ke mcm time kite sekolah dulu2).
Bagi sape2 yg pernah bermain FFVII, sila la main game ni. Ia akan menjawab segala persoalan yg memeningkan kepala kita sewaktu main FFVII. Daripada tajuk game ni, dah tentu2 kita tau ia menceritakan punca bagaimana segala krisis yg dihadapi oleh Cloud dlm FFVII berlaku, bukan krisis kewangan yg melanda dunia sekarang ni or mahupun krisis rumahtangga Abby dan Norman Hakim.
Aku baru je abis main game ni smalam, dan mmg betul2 puas hati. Tp aku terasa mcm sekejap sgt plak game dia,mcm x puas main lg. Ni telah menyebabkan aku nak main balik FFVII walaupun terpaksa melihat karekter2 yg berbentuk berpoligon tersebut..heheh. Ape2 pun, jalan cerita dia cukup menyentuh hati terutamanya bila dah dekat ending dan bila melihat pengorbanan yg Zack lakukan untuk Cloud. Dan aku pun suka bila tgk Sephiroth time dia masih budak baik lg, mmg cool. Cloud plak masih mentah lg, berbeza dgn Cloud yg kita kenal dlm FFVII dan FFVII Advent Children.
So sape2 yg x main lg..main la ye :) aku bg markah 9/10

Kiri bawah : Genesis (Pencetus masalah yg suka bersajak), Sephiroth (Soldier paling perfect,then jadi jahat), Aerith (Awek Zack yg menunggu kepulangan lakinya itu, tp x balik2)
No comments:
Post a Comment