Sunday, January 4, 2009

What a day..

YAHAAA....ari ni aku mula menulis blog ini semula setelah bercuti beberapa hari. Walaupun dengan badan yg penat mcm nak gile aku tetap menaip untuk menceritakan serba sedikit pengalaman aku pada hari ini(Sabtu) sebelum aku terlupa aktiviti2 yg aku telah buat. Pengalaman inilah yg membuat aku letih sgt, bukan sebab aku bersenam di gym or bermain polis sentri bersama member2 aku, tp letih disebabkan oleh pengembaraan yg telah aku lalui sepanjang hari ini. Banyak gak pengalaman yg best tp byk lg yg x best...huhuhuh...

Ok,ceritanya macam ni..hari ini aku telah menjoin member2 aku untuk berjalan-jalan. Pengembaraan ini disertai oleh 5 orang remaja yang dipilih oleh Zordan iaitu Wan(Red), Nuar(Blue), Kila(Yellow), Ida(Pink) dan aku(Black)..dah jadi Power Rangers plak. Rancangan awal kami ialah untuk menghapuskan raksasa...eh silap, shoping di Jusco Tebrau City. Pada mulanya aku malas nak p tp disebabkan aku mmg x prnah p sana,so aku pun ikut je la. Memandangkan hanya sebuah sahaja kreta yg dapat disewa dan Wan je yg nak memandu, so ade la member2 aku yg x dpt nak diajak(sorii).

Nak dijadikan cerita, rupa2nya kreta sewa tu merupakan sebuah kancil berwarna pink..diulangi sekali lagi..PINK!!hohoho...nak tergelak gak aku tgk. Walaupun warna dia cantik dan nampak sporty..tp bila laki yg pandu telah menyebabkan rase kegelian di hati orang ramai yg melihatnya..hehehe. Buktinya...sepanjang jalan ktorg menjadi perhatian rmai dan ade je org2 dari kreta sebelah yg gelak2 time ktorg berhenti di trafik light...segan siot..tp peduli ape..asalkan kreta tu lawa.


Sebelum start shoping, ktorg singgah mamak mkn roti canai. Mula2 roti canai je, tp bila Kila order telur separuh masak..semua pun pakat tiru dia. Kononnya nak bekalkan tenaga untuk berjalan nnti(yela tu...). Aku mmg teringin nak mkn sbb dh lama gak aku x mkn telur half masak tu.

Setibanya di Jusco Tebrau City, aku pun berkata..'besar gak tempat ni'. Kami berpecah kepada dua kumpulan..laki p tmpat lain, girl plak tmpat lain(brngan yg nak dibeli selalunya x sama). Org len punyala shoping sakan..aku cuma beli baju berlonggok yg berharga RM10 je..rase mcm x patut plak dtg jauh2 tp beli benda tu je. Tp mmg barang2 kat cni asyik berharga 3 angka je. Selain shoping, aku dengan Nuar ade la singgah main arked jap. Main Daytona USA tp disebabkan aku lmbat masuk token beberapa saat..aku kena main sorg2 lwn komputer..manakala Nuar plak dpt race dgn mamat2 lain yg main pada waktu berkenaan...tension aku. Wan ada gak mencadangkan untuk menonton wayang, tp disebabkan ade tmpat lain yg ingin dituju so trpaksa la cancel rncangan tersebut..lgpun mcm xde crita best time 2. Sblum blah, ktorg meratah ayam KFC dulu.
Next destination kami merupakan sebuah pantai yg xleh aku sebut namanya di sini sebab aku nak kutuk2 ckit(byk sebenarnya) pasal pntai yg menyakitkan hati kami ni...so elokla aku rahsiakan namanya. Tp kalo sape yg dapat meneka, hadiahnya ialah korg dapat bercuti di ctu dgn duit korg sendiri..hohoho. Tiada seorang pun daripada ktorg yg pernah p ctu, kami cuma mendengar kabar angin yang bersepoi-sepoi bahasa yg mengatakan pntai tersebut cntik daripada sumber2 yg x diyakini boleh dipercayai. So kami pun bertolak la dengan menyangkakan ianya tidak berapa jauh dari Tebrau. Namun sangkaan kami meleset sama skali...jaraknya mcm korg mengelilingi bumi dengan basikal pancit selama 54 tahun..lebih kurg la walopun sbnarnya xde la smpai mcm tu...tp mmg ia TERSANGATLAH JAUH!!!!!! Sampai ktorg hampir2 give up n nak berpatah balik. Maybe kami tidak ikut shortcut sbb ktorg xtau tang mane jln shortcut tu, tp rasenye mcm tiada shortcut utk ke ctu pun. Jalannya berbukit-bukit, kejap naik kejap turun ala2 roller coster. Jalannya plak berlubang-lubang dan sunyi plak tu..lampu jln pun xde..kalo la kreta rosak time 2 ntah ape la jd kat ktorg.

Sepanjang jalan ade je signboard binatang melintas..lembu la, gajah la, kucing la, beruk la...semut pun ade(agaknya la). Sebelum ni ktorg ade singgah bertanya kat sorg makcik kedai tentang jln untuk ke sana, so bila Nuar tanya mkcik tu menjawab dengan selambanya "Pas jumpa trafik light, belok kanan ye..ohh,hensem gak awak ni" dengan harapan Nuar akan membeli keropok or air dari kedai beliau..namun Nuar trus blah. Makcik tu mesti menyumpah-nyumpah punye pas ktorg blah..hehe. Ingatkan trafik light tu dekat je ngan kedai mkcik tu...rupa-rupanya sejam baru ktrog jumpa trafik light yg mkcik tu mksudkan...punya la jauh makcik tu bagi gambaran.

Bila sampai, ingatkan dptlah melepaskan tension yg dah bertimbun-timbun dalam otak akibat oleh perjalanan yg berliku-liku tu. Alangkah terkejutnya ktorg bila tgk pntai tersebut tidak seindah khabar yg kami dengar. Boleh dikatakan ape pun xde kat ctu melainkan pokok-pokok yg x berdaun dan beberapa pkcik n mkcik sekeluarga bermain ain di ctu sambil mencemarkan air laut tersebut secara diam2. Tension yg mmg dah banyak bertambah lagi dalam kepala ktorg..rase geram n ingin menyumpah-nyumpah Mr M yg memberikan mklumat kepada ktorg berkenaan pntai ni. Cantik la sgt!!! Tp nak xnak, alang-alang dah smpai ktorg pun bergambar jelah tepi pantai tu walopun cuma berlatarbelakangkan laut saje. Oleh sebab tension yg melampau..ktorg pun jadi gile skejap time bergambar tu..korg bleh tgk sendiri ktorg jd gile dlm gmbar kat bawah..hehehe. Dalam 15 minit lebih kurg..ktorg pun balik memandang hari pun ujan. Lgpun jam dah pkul 5.30..tkut nak balik mlm2 sbb jln tu sunyi n x berlampu.


Di pertengahan jalan ktorg singgah di sebuah stesen minyak, sbb minyak dah habis byk disebabkan prjalanan yg melampau-lampau jauhnya. Aku pun p la tandas jap..bila keluar dr tandas aku tgk Wan, Ida n Kila tgh menolak kreta kancil pink tersebut sambil dibantu oleh seorg pakcik cina yg x dikenali. Aku pun heran gak nape2 tetiba dorg berbuat demikian..xkan la nak melatih kekuatan tgn time2 camni. Rupa-rupanya tetiba je kreta ktorg xleh nak start. Nsib baik la manual, bleh start smbil tolak. So aku pun tlg la dorg tolak. Akhirnya nasib baik enjin bleh hidup. Pastu ktorg pun ucap la thankz kat pkcik tu, pastu tetiba je dia mnta ktorg 10 ringgit,katenye penat tlg ktorg. Penat la sgt kalo setakat tolak x smpai beberape meter..pastu dah la ajar ktrog cara yg salah utk hidupkan enjin kreta, patutla aku rase mcm pelik je cara yg dia ajar sbb enjin x hidup2 bila ikut cara dia ajar. Kalo xtau, buat la cara xtau. Hampeh punya pkcik..ktorg trus blah tnpa mempedulikan dia. Kalo nak tlg,tlg la ngan ikhlas. Lgpun ktorg mmg x prnah mntak dia tlg pun, dia yg menggatal nak tlg..pastu mntak duit plak. Mmg hampeh!

Then lagi satu plak kisah malang berlaku..ktorg salah masuk simpang di mana simpang tersebut menuju ke highway. Wan dh mula panik, rase nak ke tandas mula meluap-luap. Last2 ktorg try reverse kreta ckit2...tp lama-kelamaan ktorg rase mmg terlalu bahaya sbb kreta mmg byk sgt time 2. So nak xnak ktorg x jadi reverse, terus je jalan ke depan. Nasib baik la ade simpang utk keluar sebelum berjumpa ngan kakak di kaunter tol..kalo x dah p KL rasenye ktorg smalam. Setelah jumpa jalan yg betul..ktorg pun menuju ke Carefour. 1st time aku smpai cni..agak besar la jgak. Ktorg pun mula membeli brg masing2, aku cuma beli sangkar hamster je..huhuhu. Gambar2 ni time aku kat ctu la...tp bukan dalam C4, tp diluarnya.


Then another kisah malang berlaku time balik. Kreta xleh nak start lagi...huhuhu...aku n Nuar trpaksa menolak kreta lagi sekali dalam hari yg sama yg kali ni muatannya lebih berat kerana merangkumi berat 3 org n barang2 yg ktorg beli td.

Org kerja tarik kreta tp aku kerja tolak kreta plak. Pastu bila enjin dah hidup ktorg pun terus p makan kat Tmn U, perut aku mmg dah lama berbunyi dr td..kejap bunyi lagu rock..kejap balada..kadang2 tu bila dh lapar sgt lagu dangdut pun kluar. Pas makan ktorg trus balik UTM..

Itulah kisah suka duka aku sepanjang hari tersebut..walopun badan letih, tp seronok la jugak. Tp pengajaran terpenting yg ktorg dapat ialah never...everr...p ke pantai tersebut lg..yg sedihnya..program karoke yg dirancang terus dibatalkan oleh kerana masa x mengizinkan...noooooo.....OK ADIOS...

No comments: