Saturday, March 14, 2009

Kara OK or Kara KO

YAAHAAAA....hari ini aku telah melakukan kerja giler yg aku x pernah terpikir yg aku bakal
melakukannya satu hari nnti...bukannya terjun dari bangunan 20 tingkat atau menahan keretapi
yg bergerak laju dengan satu jari, tapi aku telah memasukkan diri ke dalam pertandingan
karaoke yang dianjurkan sempena pesta di UTM,yg berjalan di tempat letak kereta FAB.

Sedar x sedar aku telah mendaftarkan diri, seperti minda aku telah dikawal oleh orang(Syed
kot). Aku mendaftar bersama-sama ngan Naz. Aku pilih lagu 'Pamit'(kalo dlm bahasa melayu
bermaksud selamat tinggal) manakala Naz plak lagu 'Haruskah Diuji' oleh Farish.

Sebelum nama ktorg dipanggil..lutut ktorg x henti2 menggeletar..maklumlah 1st time nak
menyanyi depan khalayak ramai, slalunya nyanyi dalam box kecik karaoke kat Giant je. Setelah
beberapa orang peserta selesai menyanyi..tiba-tiba nama aku dipanggil!! OH NOOO....kate aku
pada masa tu. Sebelum naik pentas lagi, aku telah berasa malu giler..mana x nye, ade ke
pengacara memanggil nama aku 'Hishamuddin Pamit'..padahal 'Pamit' tu nama lagu..malu besar
aku..heheheheh...tp bukan salah pengacara tu sebab kalo difikirkan, org xkan expect yg
'Pamit' tu tajuk lagu sebab bunyinya pelik semacam je.

Then aku pun mulalah menyanyi dengan lutut yg menggeletar x abis2...takut giler,maklumlah 1st time. Then setelah selesai aku me'sumbang'kan suara, tibalah giliran Naz. Dia pun sama
menggelatar lutut katanya. Tp sedap je dia bwk lagu tu. Pas abis, ktorg trus blah..malu nak dok
lama2 kat ctu..heheh..Tp aku puas hati la sbb akhirnya berjaya gak aku memberanikan diri
masuk pertandingan. Ade sikit kemajuan la dari segi tahap keyakinan diri. Lagipun aku puas
hati sbb berjaya sahut cabaran Korn yg suruh aku menyanyi masa pertandingan. Skrg Korn aku
cabar ko plak!

Oklah...sampai cni je..tp aku sgt bersyukur la sbb masa nyanyi x ujan, kalo x org mesti kate
suara aku mcm katak panggil hujan..heheheh...adios!! Berikut ada la gmbar aku time nyayi..tp
suma x clear..muka langsung x nmpak.Sedih tol...tahniah la Naz gmbar ko clear!!

No comments: