Thursday, March 12, 2009

Selamatkah kita?

Selamatkah kita? Soalan ni selalu bermain di fikiran aku..adakah kita sentiasa dapat hidup dengan selamat pada zaman sekarang ini. Soalan ini timbul kerana setiap hari kalau korg ada baca paper, bermacam-macam kes jenayah berlaku di Malaysia ni. Hari-hari ada kes ragut, rogol, cabul, rompak, culik, ugut, buli dan yang paling dasyat iaitu kes bunuh. Perkara ni semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Contoh yang aku boleh berikan ialah kes rogol dan cabul. Sekarang kaum wanita tidak lagi selamat untuk berjalan-jalan berseorangan mahupun beramai-ramai. Berbeza dgn zaman sebelum ini, skrg nak keluar rumah pun menjadi antara perkara yang menakutkan. Ibu bapa yang prihatin juga tidak lagi membenarkan anak gadis mereka keluar dengan sewenang-wenangnya. Ini menyebabkan tiada lagi kebebasan bergerak yang sepatutnya dimiliki oleh setiap wanita. Selain itu juga, mereka menghadapi kemungkinan untuk diragut dan dicabul pada bila-bila masa. Berita yang mengejutkan aku baru-baru ini ialah seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun. Cubalah korg bayangkan, umur baru setahun jagung dah tahu untuk buat perkara-perkara yang tak bermoral tersebut. Kesian kat budak perempuan tu.

Kejadian rompak, curi dan ugut juga semakin berleluasa. Perkara ini boleh berlaku kepada semua individu tidak mengira umur dan jantina. Kes ugut contohnya, sekarang ni bila kita berjalan di mana-mana sahaja pastinya hati kita tidak tenteram memikirkan adakah kita bakal menjadi mangsa kepada makhluk-makhluk yang tak berguna ni. Nak tak nak terpaksa kita berwaspada sentiasa walaupun sebenarnya keadaan sebenarnya selamat. Mangsa-mangsa ugut pasti tidak dapat berbuat apa-apa setelah senjata tajam atau senjata api dihalakan kepada mereka. Itu pun masih ada lagi mangsa yang dicederakan walaupun mereka menurut kata pemeras ugut tersebut. Kawan aku pernah mengalaminya dan mereka bernasib baik kerana tidak diapa-apakan, namun semua barangan berharga dorg dikebas. Kadangkala yang menjadikan aku bengang giler ialah apabila mereka berlakon seperti seseorang yang memerlukan pertolongan sebelum memeras ugut individu yang menolong mereka itu sebagai modus operandi mereka. Ini akan menyebabkan rakyat Malaysia tidak lagi menjadi rakyat yang ramah dan mesra kerana tidak mahu memberikan pertolongan malah meyebabkan mereka sentiasa memandang serong terhadap semua orang. Mereka terpaksa berkelakuan sedemikian kerana takut terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini jika mereka memberikan bantuan. Kes kecurian mesin ATM bank dan pecah rumah juga semakin menjadi-jadi..apa nak jadilah dengan kehidupan harian kita sekarang ni. Sampaikan kes pecah bilik di kole-kolej kediaman Universiti juga boleh berlaku walaupun kawasan tersebut dikawal. Ini banyak berlaku di universiti di sekitar Selangor dan juga negeri-negeri lain. Kawan prempuan aku juga pernah mengalaminya dimana biliknya telah dimasuki oleh lelaki yang tidak dikenali sewaktu dia keluar bilik sebentar untuk membasuh pinggan. Barang berharganya telah dicuri dan nasib baik dia tidak mengalami kecederaan sewaktu bertembung dengan pencuri terbabit. Cuba bayangkan begitu mudah mereka ini membolosi kawalan keselamatan.

Yang paling menakutkan ialah kes pembunuhan berlaku setiap hari. Bagi pembunuh-pembunuh ini nyawa manusia macam sudah tiada nilainya lagi dan boleh dicabut pada bila-bila masa sesuka hati mereka. Macam-macam pembunuhan kejam yang kita dengar dan baru-baru ini terdapat satu kes dimana seorang gadis berbangsa cina telah dibunuh di dalam bilik di rumahnya sendiri. Dia telah dikelar tanpa perikemanusian. Apakah salah gadis tersebut sehingga dibunuh? Polis menolak kemungkinan bahawa kes tersebut ialah kes rogol kerana tiada kesan penganiayaan seksual dijumpai dan bukan juga kes ragut kerana tiada barangan berharga yang hilang. Jadi adakah gadis ini dibunuh hanya kerana dendam atau sekadar suka-suka tanpa sebarang sebab? Dari ini jelas kelihatan yang nyawa kita ini sekarang begitu murah harganya..

Banyak juga kes-kes lain yang tidak sempat aku kupaskan di sini. Bagi aku, perkara-perkara negatif ini semakin menjadi-jadi kerana:
1. Kurangnya didikan agama sejak kecil
2. Tidak dididik dari awal untuk menjadi manusia
3. Hendak menjadi kaya dan senang dengan mudah tanpa perlu berkerja keras
4. Hukuman-hukuman yang dijalankan terhadap pesalah tidak dapat menakutkan mereka

Bila difikirkan, sebenarnya agama kita dah lama memberikan panduan yg jelas bagaimana untuk mengelakkan jenayah ini daripada berlaku.Hukuman-hukuman yang diberikan walaupun nampak menakutkan bagi sesetengah orang namun sebenarnya ia boleh mengelakkan daripada berlakunya jenayah. Siapa-siapa yang takut dengan hukum itu maknanya dia memang orang jahat yang selalu buat jenayah la tu, sebab kalau tak salah, nak takut ape kan. Hukuman cuma dijalankan terhadap penjenayah je. Lagipun kita selalu dengar yang mencegah lebih baik daripada mengubat. So secara tak langsung, hukum ini dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan apa-apa jenayah dan hidupan harian kita pasti akan selamat. InsyAllah...

p/s : serius plak penulisan kali ni

No comments: