Wednesday, March 11, 2009

RPM Get in Gear!!

YAHAAA...semalam sewaktu melayari YouTube, aku sengaja menaip keyword 'RPM' untuk lihat2 samade Power Rangers musim baru dah kuar ke blum(tiap2 ari aku mesti cek). Selama ni aku taip masih tiada lagi video yg diupload, maybe sbb masih blum mula ditayangkan lagi tp smalam tetiba je aku tgk dah ade org upload..siap trus 2 episod sekaligus.Hohohohoo..ape lagi aku pun terus la mendownload dgn rakusnya(keje2 kebanyakan org di Malaysia). Tp nak tengok terus x sempat sbb kelas Forensic dah start so aku trpaksa la tunggu smpai aku balik bilik dulu baru bleh tgk.

Selepas abis menonton..aku mmg respek sgt kat siri PR kali ni. Cerita kali ni ala2 filem Terminator. Bumi telah diserang virus(bukan HIV) yg menyebabkan keseluruhan bumi ditakhluk oleh pihak robot. Manusia yg selamat berlindung di sebuah bandar yg satu-satunya dilengkapi dengan shield yg melindung mereka daripada diserang oleh robot2 terbabit..bla..bla... Walaupun baru 2 episod, tp dah menampakkan kelainan dan kehebatan berbanding ngan siri2 sebelum ni. Suasana perang antara manusia dan robot mmg disampaikan dgn baik sekali dan membuatkan aku rase yg musim kali ni menampakkan ciri2 'dewasa' pada siri PR, bukan lg untuk budak2 sahaja(walaupun mmg utk budak2). Pelakon2 kali ni juga agak bagus terutamanya pelakon yg memegang watak Ziggy(hijau) yg mmg lawak giler dan Dillon(Hitam) yg cool dan hebat..manakala 3 watak yg lain kurang diberi penekanan pada 2 episod terawal ini so aku xleh nak komen sbb episod ni byk menceritakan pasal Ziggy dan Dillon je.

Cuma aku terkejut sbb Dillon bakal menjadi PR sebelum Ziggy (walaupun dia memegang nombor 5 dan Ziggy pula 4)..sbb berbeza ngan Go-onger(PR versi Jepun) yg mana dua2 watak ni morph serentak. Mungkin ini kelainan yg cuba dibuat oleh versi org putih supaya x sama dgn Jepun. Aku jamin jalan cerita juga konform berbeza ngan Go-Onger sbb peristiwa yg dihadapi oleh dorg x sama. Kelainan yg ketara ialah Zord dalam PR x bleh bercakap seperti dlm Go-Onger(mgkin masih blum boleh bercakap buat masa ni), namun jika betul2 x bleh bercakap..x best la. Tp mmg aku dah agak dah perkara ni bakal berlaku. Babak rangers morph juga berbeza dgn Go-Onger dan semestinya aku lebih meminati babak morph PR kerana lebih bergaya berbanding Versi Jepun. Lagi satu kelainan ialah cara mereka memanggil Zords, dan version mat salleh menang lagi..(semua ni berdasarkan pandangan aku je tau)

Im looking foward episod yg akan dtg..dijangka kuar pada 14 Mac ni...tlg la upload cpt ckit ok..hehehehe :)

No comments: