Monday, June 29, 2009

Dah nak balik

YAAHAAA....eh, sepatutnya tulis..huhuuhuuuuu......cuti dah nak abis. Setelah duduk di rumah lebih kurang 2 bulan, akhirnya aku terpaksa balik ke Johor semula meneruskan misiku..hahaha. Rasa malas melanda aku, mana tidaknya...setelah sekian lama aku melakukan aktiviti2 yg aku suka, namun pasni aku kena mengadap buku balik dan menggunakan otak aku yg dah lama aktif ni. Huhuhuu...

Aku akan bertolak jam 9 malam esok, so smpai pg Rabu. Tapi bila dah smpai tu, aku xtau la mana aku nak pi. Dulu bila dah smpai, boleh la aku terus masuk bilik aku, tapi kali ni bilik pun aku xde lagi. Terpaksa la aku merempat di mana2 yg difikirkan selesa memandangkan aku mendaftar bukan pada hari Rabu, tapi pada hari berikutnya.

Hari ini aku dah mula mengemas bag. Aku cuma bawa perkara2 yg penting saja cthnya baju kuliah, kasut, dll. Yg lain aku akan bawa lain kali sbb kali ni aku balik naik bas sbb ayah aku x dapat nak hantar. Lgpun aku malas nak suruh dia hntar sbb kesian kat dia penat nnti. Bukannya dekat jarak Perak dgn Johor. Lgpun dia kena dtg lagi time aku konvo bulan 8 nnti. Kalo aku ada kereta sendiri kan best, boleh drive balik Johor.



Perkara yg paling aku risaukan sekarang ni ialah tentang kolej. Aku dah apply, namun dgr kata pelajar master susah nak dpt kolej, dan kolej hanya akan diberikan jika terdapat kekosongan. Aku pelik jugak sbb aku dgr UTM tahun ini menggalakkan pelajarnya sambung master, tetapi tidak meyediakan kemudahan penginapan untuk kami ini. Ini secara x langsung mengurangkan semangat pelajar utk sambung belajar. Bagi siswa pula, hanya kolej 16-17 sahaja yg dibuka pintunya utk kami masuk. Tapi aku x kisah walau apa kolej skalipun, asalkan aku x perlu cari rumah sewa dan tinggal di luar. Aku mmg betul2 berharap aku dan rakan aku akan dapat kolej..kalo x, aku x tau nak buat mcmana lagi.

Dan aku juga risau dgn motor aku. Dah berbulan-bulan aku park dekat kolej lama aku..sure dah x boleh nak start dah. Sbb aritu aku tinggalkan seminggu pun dia susah nak hidup, inikan 2 bulan. Apa-apa pun, doakan keselamatan aku time balik ye.

My new life will begin... :)

4 comments:

Pya said...

aku pon same sham.. tak de tmpt ni.. tepakse tido kat bilik membe yg extend. weh, ko apply biasiswa kpt tak??

DBlaze said...

heheh...senasib la kite...aku x apply la, aku apply JPA..sbb aku x tau pun pasal biasiswa tu sbnarnya

Pya said...

owh yeke..
naseb aku bagitau kan??
ngehngeh..
apply je la..
nnt dpt JPA stop la KPT tuw

D'Blaze said...

insyallah..thankz