Thursday, June 11, 2009

Kakyong dah kahwin

YAAHAAAA.....6hb Jun yg lepas akak aku(kakyong) telah pun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya. Ini merupakan majlis perkahwinan yang julung kalinya diadakan di rumah aku. Ini juga merupakan detik dimana hadirnya seorang ahli baru dalam keluarga kami. Menantu pertama parents aku dan bagi aku pula, akhirnya aku mempunyai seorang abang..haha..sebab selama ni aku xde abang. Pada mulanya agak sukar aku memikirkan nama panggilan untuk abang aku ni sbb aku panggil akak aku 'kakyong', xkan aku nak panggil dia 'ayong'?? Rasa pelik pulak so ktorg adik beradik decided panggil dia 'along'. (bukan ah long tau)

Malam sebelum majlis, aku telah ditugaskan untuk menampal signboard yg menunjukkan lokasi ke rumah aku di tiang2 trafik light. Agak tebal la jugak muka ni bila ramai org memerhatikan gelagat aku dan sepupu aku memeluk tiang2 trafik light tu..huhuhu....nasib baik malam...Bagi kaum hawa pula, majlis khatam Al-Quran telah dijalankan dan selepas itu, ada la sesi makan2.

Keesokan harinya, Alhamdulillah majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yg hadir dan hidangan yg disediakan mencukupi untuk setiap tetamu. Pada mulanya, majlis pernikahan dilangsungkan pada pukul 9 pagi dan kemudian majlis persandingan pada pukul 1 ptg. Semasa majlis akad nikah tersebut, aku saja2 duduk dekat tok kadi tu untuk belajar serba sedikit tentang proses yang dilalui oleh pengantin lelaki, untuk tujuan masa depan..hehehhehehe. Tema pilihan kakyong aku untuk majlis perkahwinan ini ialah warna pink...PINK!!! Oooh no..nak x nak aku pun pakai la baju warna pink buat pertama kali dalam hidup aku. Nasib baik baju tu x brape pink sgt.

Pada waktu malamnya pula, ktorg adakan majlis memotong kek dan membuka hadiah. Banyak jugak la hadiah yg pengantin dapat, smpai x muat bilik. Kerja aku ialah menyusun hadiah2 tersebut, nasib baik rmai yg membantu. Then ada plak sesi karaoke dalam rumah, untuk ahli2 keluarga je..sesiapa nak nyanyi boleh nyanyi. Aku berkesempatan nyanyi 1 lagu sorg2..segan la.


Esok, aku dan family akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis belah pengantin lelaki plak (13 Jun 2009). Baju baru x beli lagi ni..ptg nnti baru beli la. Nak pakai baju lama, semua dah x brape cantik. Along aku ada minta aku buatkan banner untuk majlis rumah dia plak, so aku buatkan 1 lebih kurang sama dgn banner rumah aku, cuma ubah warna dan posisi je. Warna depends on tema yg dipilih oleh keluarga pengantin. Dah di print dah pun kelmarin. Berkenaan dengan banner rumah aku, ianya telah dikomen oleh ayah aku sbb letak nama pengantin lelaki dulu, walhal majlis tersebut diadakan di rumah perempuan. Takut org salah anggap along aku sebagai anak ayah aku. Actly aku tau pasal perkara tu, tp sengaja aku buat mcmtu sbb nak gabungkan huruf 'F' tu. Lgpun bukannya masalah besar pun, ramai tetamu yg hadir tu mmg dah tau yg mana satu anak ayah aku.

Banner rumah perempuan

Banner rumah lelaki

Okla..smpai di sini saje aku menulis. Apa2 pun, aku doakan kakyong dan along bahagia hingga ke akhir hayat..amin...

PS : Trima kasih kepada Korn dan Naz kerana banyak membantu kami (ucapan ikslas dari seisi keluarga)...jgn lupa bagi gmbar tau Naz

No comments: