Thursday, June 4, 2009

Bermalam di muzium ditemani gadis2 jelita

YAAHAAA....aku bermalam di muzium bersama gadis2 jelita?? hehehe...jgn plak terkejut ngan title di atas sebab ia x menggambarkan keseluruhan cerita yg aku nak kongsikan ni. Sebenarnya tajuk di atas digabungkan daripada 2 tajuk yg berbeza iaitu 'Bermalam di muzium' dan 'Gadis2 jelita'.

Bermalam di Muzium

Beberapa jam yg lepas, Wan, rakan se'dorm' aku time di SMTK mengajak aku menonton wayang filem Night at the Muzium 2. Pada mulanya aku sgt malas sbb terasa mcm bosan je filem ni sbb siri yg pertamanya pun sekadar biasa2 je bagi aku. Tp memandangkan xde apa nak dibuat so aku pun join dia. Yang menyertai rombongan cik Kiah ke panggung wayang ini ialah aku, Wan, adik2 Wan dan Lan(member SMTK aku gak). Selepas menonton, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali..sebab filem yg aku anggap bosan ini rupa2nya amatlah menarik dan kelakar. Lawak-lawak yg dihidangkan kali ini mmg sempoi..smpai menangis-nangis aku gelak dalam panggung tu. Kira x menyesal la aku beli tiket. Tapi ini cuma pendapat aku je, mane tau kalo filem ni x kena ngan taste korg ke. Tp bg aku kalau korg rasa nak ceriakan hati korg, sila2 lah menonton filem ini. Aku mmg minat tgk crita2 lawak mcmni..bila2 nnti nak tgk Monster vs Alien plak.


Gadis2 Jelita

Gadis yg aku mksudkan ni bukanlah gadis2 sebenar, mereka ini hanyalah gadis2 di alam fantasi yang bernama Yuna, Rikku dan Paine (YRP). Ia berkaitan dengan game yg aku sedang main sekarang ni. Game tersebut ialah Final Fantasy X-2. Aku main game ni untuk mengetahui kesudahan FFX yg aku main sebelum ni. Apa yg aku nak kongsikan ni ialah bukan berkaitan dengan gameplaynya, tp berkaitan dengan masalah CD game ni. Apabila tiba di satu babak di mana Yuna sedang menyanyi di atas Celcius semasa Yunapalooza, video jadi hang dan tersekat-sekat. Dah banyak kali aku reset tapi still x boleh nak lepas scene tersebut. So aku pun beli lg 1 CD FFX-2, dan ada masalah gak, bila aku load save file, dia x keluar apa2..cuma keluar skrin hitam je. Aku dah nak giv up dah time tu, tp nasib baik percubaan terakhir aku menjadi..apa yg aku buat ialah mula2 aku pakai CD lama...bila smpai babak yg hang tu, aku buka penutup PS2 dan tukarkan dgn CD baru..dan x tersangka-sangka video tersebut terus jadi lancar dan dapat dimainkan sehingga habis..hohohho...betapa gembiranya hati aku time tu.

Okla...smpai cni jela aku merepek hari ini...adios...

No comments: