Tuesday, July 28, 2009

Hari xde kelas, tapi banyak kerja

YAAHAAA...hari ni hari Selasa, sepatutnya aku ada kelas bermula pukul 4.00 p.m. namun secara tiba2 ia dibatalkan. So bermakna aku tidak perlu pergi ke fakulti hari ini, boleh melepak main internet di bilik sepanjang hari. Tapi tetiba teringat beberapa perkara yg perlu dilakukan untuk Konvo pada 18hb Ogos depan, so nak xnak terpaksa la aku pergi ke pejabat untuk menyelesaikan segala urusan tersebut.

Hari ini aku telah melakukan aktiviti2 seperti dibawah, mengikut turutan:

i) Mula2 turun kolej, terus pi pejabat. Daftar barang2 letrik. Minggu ni baru nak daftar. Actly bukan salah aku sbb dah 2 minggu berturut-turut aku pergi, jawapan yg aku terima ialah, 'daftar minggu depan ye'. Akhirnya 'minggu depan' yg dimaksudkan tu tiba jugak. Lebih baik terus cakap 'minggu depan depan depan ye', lagi senang nak faham.

ii) Then parking motor kat bwh bukit untuk ke CIMB. Bayar RM80 ringgit untuk konvo, x pi pun kena bayar gak, tapi aku isyallah pi..rugi la x pi. Nasib baik la org x ramai, so x payah menunggu lama2. Pas bayar tu, konform2 duit dalam poket dah abis..huhuu..terpaksalah draw duit kat peti2 besi di tepi bank tersebut. Mula2 nak keluar RM50 je, ntah mcmana aku tertekan butang yg sama 2 kali, keluar RM100. Nasib baik la 100 je, kalo lebih dari tu, letih aku nak masukkan balik duit2 tu dalam bank. Sbb kenapa kejadian ni terjadi ialah time aku tekan butang utk pilihan 'akaun simpanan', aku tertekan 2 kali. Butang yg sama jugak digunakan untuk pilihan mengeluarkan RM100 dari mesin pada menu yg berikutnya.

iii) Pastu, naik lif ke tingkat 4 bangunan HEP untuk ke Pejabat Pendaftar Bahagian Akedemik utk hantar slip bank, surat pengesahan kehadiran dan slip pengesahan yg aku dah jawab survey online. Masuk dalam pejabat tu x sampai 2 minit pun, sbb xde org so laju je akak tu handle ktorg.

iv) Ingatkan pas selesai urusan2 tersebut nak terus pi makan, tapi teringat plak yg kelas video hari Isnin depan kena bawak video sendiri untuk di edit. So terpaksa la pi ke fakulti untuk pinjam balik video tape yg aku pernah gunakan sebelum ni daripada studio. Nasib baik isi kandungannya x di delete lagi oleh abang tu, so boleh la digunakan untuk kelas Isnin nanti. Kalo x, terpaksa la aku pinjam Palmcoder dan tape semula dan rakam balik apa2 video yg baru.

v) Tetiba Bro One5 (a.k.a. Arizan) tepon, ajak ktorg makan. Dia keluar rehat awal ari ni. Dah berkerjaya kawan aku sorang ni, dengar cerita gaji pun dah masuk. Pakaian pun sentiasa smart hari2. Boleh la start simpan duit untuk kawin ye Bro..hehehehe. So ktorg makan di SUB. Pas makan Bro kata dia malas nak balik pejabat lagi, then aku ajak dia race. Jgn pikir ktorg race motor mcm mat rempit plak, ktorg race kreta Daytona USA di Jusco...hehehe, smpai 3 round. Ini merupakan antara aktiviti2 wajib ktorg bila pi Jusco. Cuma hari ni dah kekurangan pelumba untuk bersaing sebab Naz dah xde kat UTM (kalo dia main pun asyik main cheat..hehehe, jgn marah ye).

Sedang men'drift' di selekoh bahaya

Time berlumba pun Bro tetap berpakaian smart

Then balik bilik. Esok kami dah bercadang nak tgk wayang lepas kelas, tp xtau la jadi ke x..maybe x kot sbb aku baru teringat yg aku ade kelas pagi Khamis tu. Tapi kalo tayangan mula pkul 8 malam, aku rase x jadi masalah nak ke sana. Aku jugak baru menerima berita yg mengejutkan beberapa minit yg lalu. Xtau la aku patut berperasaan mcmana dengan berita ni. Rasa gembira untuk kawan2 aku, tapi untuk diri sendiri..rasa apa ye...ntah la..mcm x berbaloi je ape yg aku buat selama ni kalo aku tau rupa2nya mcm ni..huhu..kalo x faham, abaikanla apa yg aku cakap ni ye...adios :)

6 comments:

DizzY AzZ said...

berita apa Sham? Nk menyibuk skali...

D'Blaze said...

ntah la..x konform lagi pun berita ni

.Gha A. said...

hah?berita apa?
weh dah lepas main kereta tu, sila buat tag aku ya.

memang sham ko lah, bukan org lain. ehehhe

D'Blaze said...

berita berkaitan konvo

NuA said...

huh kenape ngan konvo?

D'Blaze said...

pasal jemputan penyampaian medal