Wednesday, July 29, 2009

Putera Darah tinggal separuh..yg lain telah didermakan

YAAHAAA...semalam (Selasa 29 Julai 2009) aku telah membawa diri aku sendiri memasuki panggung wayang yg selama ini aku selalu lalu dihadapannya tapi x reti2 nak masuk dalam. Bukan kerana kekeringan fulus (walaupun mmg agak kering akhir2 ni), tetapi kerana ketiadaan movie yg menarik untuk ditonton. Panggung wayang yg dimaksudkan ialah MBO di U MALL.

Aku telah pergi menonton dengan Bro One5 (a.k.a Arizan), Korn, Wan dan Syed. Movie yg telah ditonton semalam ialah Harry Potter and the Half-Blood Prince. Sebenarnya dah lama Korn ajak tgk movie ni, tapi aku x berminat oleh sebab aku tidak menonton sekuel2 yg sebelum ni. Yg aku pernah tonton cuma episod pertama dan kedua je, yg selepas tu langsung x pernah tgk.So aku takut nnti aku x faham jalan cerita HP kali ni. Tapi disebabkan ramai yg nak pergi semalam, so aku pun join la sekaki.

Dari kiri: aku, Korn, Bro One5, Wan dan Syed

Tayangan bermula pkul 8, perkara yg pasti tidak akan dilupakan sebelum masuk ke panggung ialah membeli pop jagung. Namun aku agak kecewa ckit sbb pop jagung tu hangus sedikit, so sedikit kepahitan melanda tekakku. Dalam panggung x la ramai sgt orang, seat sebelah aku pun kosong. Setelah movie start, aku pun tgk dgn tekunnya..sbb nak bagi diri sendiri faham dgn setiap adegan disamping menghafal nama2 karekter dalam movie ni bagi mengelakkan kekeliruan. Tapi dorg ni pulak fokus pada henpon baru Syed yg masih segar dari ladang...adus, korg nak tgk movie ke tgk henpon?

Oh Emma..

Setelah tamat, aku sekadar puas hati dgn movie ni. Walaupun aku dah lama x menonton, tapi aku dapat rasakan yg sekuel kali ni kurang 'kick' ckit. Mcm xde adegan yg benar2 klimaks. Tapi masih boleh dikatakan memuaskan. Pasni aku mmg nak tgk sambungannya..hehehe...sbb aku nak tgk Emma Watson..hehehe...cun giler, sbb waktu episod 1 aritu dia masih kecik lg. X sangka plak bila dah besar panjang cun abis :) OK adios....

4 comments:

.Gha A. said...

tidakkkkkkkkk!
sila jangan cerita.
aku tak tengok lagi. wargh! T_T

(mantap ke weh?)

D'Blaze said...

bleh tahan la...7/10

mane ada aku crita apa2 dlm tu kan?..heheh..cepat2 pi tgk

Arizan Abdullah said...

Tp yg best nya ada orang menjerit dengan tiba2 bila ade adegan yang mengejutkan..hahaha lawak btl la. Nk tau saper?? nk tau???

D'Blaze said...

betul3..ada org menjerit