Saturday, August 1, 2009

Letihnya..

YAAHAAA...hari ini aku agak keletihan disebabkan sepanjang hari, dari pagi hingga ke petang aku telah hang out dengan Bro One5 dan Korn. Kali ini cuti hujung minggu tidak dihabiskan dengan hanya duduk di depan monitor sambil bermain game sahaja. Sebelum aku cerita aktiviti yang aku lakukan siang tadi, terlebih dahulu aku ingin bercerita tentang aktiviti yang kami lakukan semalam.

Semalam, Bro telah hantar mesej mengatakan bahawa dia ingin melepak di bilik aku selepas waktu kerja. Memang dah lama aku suruh dia datang bermalam kat sini, tapi baru semalam dia dapat datang..itu pun setelah gajinya masuk. So aktiviti pertama kami setelah Bro datang ialah makan ayam penyet di restoren Pinang. Dah lama tak makan kat sini, sebab nak tunggu Bro ikut sekali. Majlis makan2 ini juga disertai oleh Korn dan Muharam(yang baru saja membuat kemunculan semula setelah lama menyepi). Selepas makan terus jalan2 di U Mall, sebab aku nak beli seluar sukan. Time balik sini lupa nak bawak. Petang tu aku main basketball pakai slack je..kesiannya aku kat diriku sendiri..huhuhuu. Lepas tu kami terus karaoke, memang tak pernah tinggal aktiviti ni. Kami bayar untuk 10 lagu + free 1 lagu, dan di bawah adalah sebahagian daripada lagu2 yg telah dipilih dan siapa penyanyinya :

Madah berhelah (Ziana Zain) - aku
Sesucinya cintamu (Anuar Zain) - Korn
Salam sejahtera (Samudera) - Bro
Cinta (Jac & Misha) - Korn & Muharam
Pergi tak kembali (Rabbani) - aku dan Bro
Sampai syurga (Faizal Tahir) - aku
Bila terasa rindu (Dafi) - Korn & Muharam
Biar bulan bicara (Boery) - aku dan bro

..dan beberapa buah lagu lain telah dinyanyikan. Bila diorang nyanyi lagu Cinta, teringat time aku berduet ngan Ecah masa jamuan perpisahan GMM09..malu betul rasanya.

Itu semalam, hari ni pulak aku telah melepak di Angsana bersama Bro dan Korn. Sampai2 je terus makan bakso dan otak2. Rancangan asal adalah nak beli blazer kat kedai bundle dalam Angsana untuk konvo nanti. Tapi kedai tu dah tutup pulak, digantikan dengan kedai baju lain. Tergendala rancangan aku. Oleh sebab tu, kaki kami pun terus melangkah masuk ke pusat bowling. Terus bayar untuk main 2 round sebab lama dah tak main. Round pertama aku menang namun round kedua pulak hancur...huhuuuu (dah nak sangat buat bola spin, last2 asyik masuk longkang..padan muka aku). Pastu main Daytona..hampir hari2 main aku main game ni.

Antara kami ni, Bro seorang je yg seronok bershoping, maklumlah orang dah berkerjaya..gaji pun baru je masuk. Antara barang yang dibelinya ialah stokin (dan kebetulan dia tak bawak stokin untuk main bowling). Sebenarnya Bro nak beli stokin kat abang jual stokin tebal yang selalu merayau-rayau di Taman U, namun abang tersebut gagal dikesan..dah bukan rezeki abang tu kot.
Then after puas round2 dalam Angsana, kami tak tau nak pi mana lepas tu. Aku ingat nak balik, tapi tengok jam masih awal lagi. So aku ajak diorang pi Tebrau City, memandangkan Korn memang tak pernah menjejakkan kaki di sana lagi. Aku pun follow motor Bro sebab dia yang tahu jalan ke sana. Malangnya Bro silap jalan pulak..ntah mana2 la kami pusing2 tadi sebelum tiba di Tebrau. Kadang2 masuk kampung, kadang2 masuk hutan dan kadang2 masuk kawasan perindustrian.

Lebih kurang 20 minit baru la kami tiba di sana. Tapi aku rasa macam tak berbaloi je pi sana sebab tiada barang yang hendak dibeli dan tiada apa2 aktiviti yang dilakukan melainkan mencuci mata sahaja. Last2 balik tangan kosong je. Time balik, aku hentam je pilih jalan nak balik ke UTM ni, sebab Bro ikut jalan lain kerana dia nak balik ke rumah akak dia. Apa yang aku ingat, Bro suruh masuk highway, so jumpa je simpang masuk highway, aku terus meluru laju ke arahnya. Tengah jalan jumpa kereta eksiden pulak..ngeri betul. Terus aku bawak 120 je (laju le jugak tu kan).

Alhamdulillah selamat sampai bilik lebih kurang 40 minit perjalanan. So aku dah ngantuk dan mahu tido awal malam ni sebab letih....zzzZZZZZZzzzzz....

2 comments:

~lolimellow~ said...

40 min??? ko redah jln mn daa haha
nsb bek ko slmt blik hee~

D'Blaze said...

ntah jalan mana da..aku pun x tau..huhuhu...nasib baik x sampai ke Thailand..hehehhe