Wednesday, October 21, 2009

Apa?? Presentation esok??

YAAHAAAA.... esok, bersamaan dengan 22 Oktober 2009 merupakan hari yg ke-4 dalam study week (jika mula kira dari hari Isnin), namun begitu aku terpaksa pergi ke kelas..bukan disebabkan oleh kelas ganti, ia adalah kerana esok merupakan hari presentation bagi projek animasi dan video!! Huhuhu....setelah bertungkus lumus sepanjang sem ni menghasilkan karya yg tak seberapa best ni, akhirnya tibalah hari penilaian bagi karya-karya ini.


Projek Pertama : Video

Dalam projek ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan samada dokumentari, drama, iklan dan beberapa bentuk video yang lain, setiap video mestilah lebih 5 minit. Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan projek ini adalah agak panjang berbanding projek animasi. Aku dan ahli2 kumpulan aku telah memulakan sesi pengambaran sebelum raya haritu, maknanya sewaktu bulan puasa. Punyalah letih masa tu, haus sangat2. Dugaan bulan puasa la katakan. Alhamdulillah projek ini telah disiapkan 2 minggu sebelum tarikh ini. Hasilnya boleh dikatakan biasa2 je sebab software yg disediakan dalam lab tidak menyediakan effect2 tambahan, so video kami nampak biasa jela. Mesti group2 lain yang edit video mereka menggunakan software mereka sendiri punya hasil yang lebih baik..sebab banyak effect diorang boleh pakai. Ohh..tajuk video kami ialah 'Revenge'...manakala jalan ceritanya pula segan la nak bagitau..huhuhuu.

Projek Kedua : Animasi

Selepas siap projek video, next perkara yang perlu diselesaikan ialah projek animasi. Kami dikehendaki untuk menghasilkan cerita animasi pendek yang mempunyai moral values, jalan cerita adalah bebas. Software yang digunakan pula adalah Adobe Flash CS3. Aku suka buat projek ni sebab aku memang minat giler dengan animasi...dan insyaAllah masa depan aku juga mungkin menjurus kearah bidang tersebut. Setakat waktu aku menulis post ini, projek ini telah siap lebih kurang 95%. Lagi 5% tu rasa malas pulak nak buat..huhuhu. Dan tajuk cerita ini pula aku rasa korang semua dah selalu dengar, iaitu perlumbaan arnab dan kura2, di mana aku ubah tajuknya menjadi 'Perlumbaan Terakhir'. Harap2 xde team lain yang buat tajuk yang sama...hehehe..hah, apa? ada?...adui...........

4 comments:

DizzY AzZ said...

Sham..!!! nk tgk videooo... nnt aku tunjuk assignment video aku utk sem ni....aku pon kena buat documentary gak!!

D'Blaze said...

wei...segan la wei...hasil kerja aku mesti x setanding ko punya...buat malu je..huhuhuhuuuuuu

ezah kadir said...

weh..gler hbt la korg....waduh2..sgn ngan hasil kami..tp ok la..br merangkak2 nak blaja....congrts2...msti dpt full mark neh...

D'Blaze said...

ntah la ezah..but thank u