Friday, September 19, 2008

Samurai Warrior 2

Yaahaaa...kepada sesape yg minat main Samurai Warrior 2(or yg x minat skali pun), versi PC, sila2 la baca risalah yg x bermakna di bawah ini ye…

Sblum tu, inginlah aku maklumkan yg semua yg aku tulis di bawah ini adalah berdasarkan pendapat aku...so kalo pendapat korg lain, so be it...



Nama : Yukimura Sanada

Cara Unlocked : -


Penerangan aku : Dia ni lebih kurang macam hero game ni la. Seorang samurai yg memakai zirah merah dan menggunakan lembing berbentuk palang. Pengukut setia Shingen Takeda. Sebagai seorang hero, dia pastinya diberikan rupa yg agak hensem (biasa la tu bagi kebanyakan game). Aku x berapa minat pakai dia sebab serangan dia x berapa best, terutamanya charge attack dia yg tunggal tu, x best langsung sbb lmbat nak pusing2 lembing dia. Tapi dia ni not bad la..yang penting abiliti dia untuk memanggil kuda tu yg aku suka, sbb bleh la aku tinggalkan kuda aku kat merata-rata tmpat.


Markah : 7/10




Nama : Mitsuhide Akechi

Cara Unlocked : -


Penerangan aku : Dia merupakan karekter yg menjadi idaman kalbu setiap wanita(aku berani jamin)...tp xtau le org yg sebenar btul2 rupa mcm tu ke x..huhuh...merupakan pengikut setia Nobunaga Oda namun last2 dia sendiri yg bunuh Nobunaga tu dekat Honnoji...gaya berlawan dia ala2 samurai..yg setiap kali slash mesti kena simpan balik pedang dlm sarung balik(x ke leceh tu..). Kebanyakan jarak serangan dia x jauh, tp aku paling suka skill dia bila charge selepas buat 7 kali pukulan biasa...dia akan slash semua benda yg ade kat sekeliling dia...jarak serangan ni mmg jauh giler...lg satu yg best ialah special skill dia yg dia tetiba hilang then slash org kat depan dia...mmg betul2 berguna bila lawan officer2 yg kuat...


Markah : 7/10


Nama : Oichi

Cara unlocked : -


Penerangan aku : Dia ni seorang gadis cun, adik Nobunaga, isteri kepada Nagamasa Azai. Bagi aku, story mode dia antara yg menyayat hati..kira2 sad ending la...kalo ikutkan nasib dia mmg malang sgt...dia dikahwinkan dgn Nagamasa atas faktor politik, tp sbnarnya dorg luv each others tp bila Nagamasa khianati Nobunaga, dia tersepit kat tgh2 konflik tu..samada patut berpihak pada abang dia or suami dia...cian kat dia...huhuh..senjata Oichi berbentuk tukul dan bola(aku lupa

nama bendalah tu), tp sebenarnya bnda tu bukan weapon pun, asalnya sebuah permainan. Bagi aku, aku x minat pakai dia sbb attack lemah..tp banyak serangan charge yg berbeza-beza...serangan dia yg paling aku suka pun yg charge selepas 4 kali pukul biasa...dia akan melambungkan semua orang di sekelilingnya ke udara. Useful bila dikelilingi ramai musuh.


Markah : 5/10



Nama : Ieyasu Tokugawa

Cara Unlocked : -


Penerangan aku : ’Slow and steady win the race’ dan ’step by step’ merupakan motto pegangan hidupnya...so dari situ kita dapat tau dia ni jenis malas nak bergerak..so bermakna dia ni

gemuk..huhuhu..mmg pun, ikut kata Nene, byk sgt makan snack. Suka bertahan daripada menyerang musuh..merupakan general yg dikelilingi oleh pengikut2 yg kuat terutamanya Tadakatsu. Pada mulanya merupakan pengikut Nobunaga, namun setelah Nobunaga mati, dia berebut kuasa dengan Hideyoshi dan kemudiannya Mitsunari. Bagi aku..senjata dia merupakan senjata paling kool n pelik skali dalam game..lembing dia bleh fire peluru meriam!!! Increadible...tapi speed dia x berapa laju...tp dia bleh tembak musuh dari jarak jauh...smpaikan peluru meriam dia bleh jadi laser..dasyat betul pakcik ni.


Markah : 8/10



Nama : Mitsunari Ishida

Cara Unlocked : -


Penerangan aku : Seorang yang bermulut x manis..setiap percakapan dia msti akan sakitkan hati org..tp hati dia baik, selalu bepegang pada honor. Gaya dia mcm org yg x brsemangat, kuyu je..pengikut setia Hideyoshi dan terkorban di Sekigahara. Weapon dia adalah kipas(bukan kipas elektrik singer atau ape2 jenama yg lain),kipas kain tu...yg bleh lipat2, tp saiz dia x la sekecik tu. Sebab itula jarak serangan dia x berapa jauh...lagipun bila buat serangan charge selepas 3 kali serang biasa tu(yg kipas berpusing di sekeliling badan dia), musuh yg duduk dekat dia xkan kena serangan tu..so amat bahaya. Tp daya serangan mamat ni agak kuat la jugak..so dapat la tutup semua kelemahan yg aku sebut td. Tp special skill dia(yg dia menanam padi...bukan padi...bom tu)sememangnya aku x minat langsung. Maybe sbb aku x reti nak guna kot..


Markah : 6/10



Nama : Ginchiyo Tachibana

Cara Unlocked : -


Penerangan aku : Kalo korg kate dia perempuan, dia mesti balas..’Not just a woman..I am Tachibana’. Dipanggil God of thunder sbb ade kuasa elektrik (msti dia kena bil letrik tinggi tip2 bulan). Seorang yg dingin..x beperangai seperti perempuan. Musuh ketatnya adalah puak Shimazu terutamanya Yoshihiro..x abis2 bergaduh. Senjatanya merupakan pedang bergerigi yg disaluti coklat...ops..bukan,disaluti elektrik. Sape2 trkena msti rmbut still standing smpai bila2. Aku mmg suka pkai dia kerana charge attack dia yg banyak dan menarik. Special skill dia yg bleh menguatkan pedang pun best gak. Tp yg paling penting, dia ni laju...so bleh belasah orang secepat mungkin.hohoh..antara karekter yg bergaya.


Markah : 8/10



Nama : Kotarou Fuma

Cara Unlocked : -


Penerangan aku: Seorang ninja gila yg sanggup buat ape saje demi memastikan Jepun sentiasa berada dalam keadaan huru hara. Tapi dia x berminat untuk memerintah, just nak membunuh je. Musuh ketat kepada Hanzo Hattori. Pada mulanya ninja puak Hojo but last2 dia buat hal. Rupa dia ni x mcm org, alien kot huhuu. Senjata dia mmg pelik...dia pakai glove dan claw tp bleh senjata dia tu bleh memanjang. Aku pun x pasti samada senjata dia je ke yg memanjang ataupun tangan dia skali..kalo nak kate senjata dia je yg memanjang, tp dia ade special skill yg mane dia panjangkan tangan dia dan grab n throw musuh. Kalo setakat senjata aku rase mane bleh grab org...So aku anggap tgn dia pun turut memanjang sekali. So mmg btul2 alien...hehe,tp org mesti kate dia guna ilmu ninja..


Markah : 6/10



Nama : Kanetsugu Naoe

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Yukimura Sanada


Penerangan aku : ’honor...honorr...just...unjust...’, tu lah perkataan2 yg x prnah lekang dari bibir mamat ni, smpaikan kawan2 dia pun turut terpengaruh. Pengikut Kenshin Uesugi yg setia..memakai helmet berbentuk pelik. Senjata dia ialah pedang dan kertas azimat..kertas pun bleh jadi weapon..huhuh...tp bagi aku mamat ni mmg gempak. Serangan2 charge dia mmg best sbb kertas azimat dia bleh lancarkan laser!! Cuma time kertas tu berpusing kat sekeliling badan dia, musuh terdekat xkan kena serangan tu, tp nasib baik ade pancaran laser pastu..so kira membantu la. Special skill mamat ni mmg membantu sewaktu korg jumpa musuh yg kuat...sbb dia boleh hasilkan satu ruangan yg mane musuh2 yg masuk dalam tu pergerakan dorg akan jadi perlahan..so time tu la kita belasah dorg puas2..huhuhu...


Markah : 8/10


Nama : Magoichi Saika

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Mitsuhide Akechi


Penerangan aku : Karekter paling suka menggatal dalam game ni..brmulut manis,slalu kata diri sendiri hensem dan digilai rmai perempuan..kawan baik kepada Hideyoshi. Dalam game ni dia yg bunuh Nobunaga kat Honnoji. Bagi aku story mode dia yg paling sedih dan yg penting, suma video dia sendiri yg punya,x brkongsi dgn org lain.Dia ni special ckit sbb dialog dia berbeza bila dia bercakap ngan laki atau becakap ngan perempuan.Dialog dia yg paling kelakar bila dia salah anggap Ranmaru tu perempuan..heheh. Senjata yg dipakai ialah senapang berpisau...tp aku x minat dgn serangan2 dia..xde serangan yg betul2 bleh serang sekeliling.


Markah : 6/10




Nama : Hanzou Hattori

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Kotarou Fuma


Penerangan aku : Ninja Tokugawa yg amat setia pada Ieyasu. Pergerakan dia selaju angin dan sentiasa menyerang hendap..oleh sebab itu dia dipanggil sbgai shadow. Rival kepada Kotarou Fuma. Tugas dia biasanya menyerang hendap pangkalan musuh secara tiba2..tu yg buat aku sakit hati kadang2..sbb tetiba je dia ade kat pangkalan utama aku. Senjata dia berbentuk sickle yg berantai yg mane ianya boleh dipanjangkan. Kelebihan dia ni pada ketangkasan dan kelajuan dia. Serangan charge selepas 3 kali serangan biasa dia mmg best sbb dia akan memusingkan weapon dia tu sebelum melibas musuh. Dia juga boleh melancarkan ilmu ninja berelemen yg amat berguna.


Markah : 7/10




Nama : Nagamasa Azai

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Oichi


Penerangan aku : Seorang yang romantik..x abis2 bercintan-cintun dgn Oichi. Senjata dia merupakan lembing yang bulat tu...Aku paling x suka kalo kena lawan dia sbb jarak serangan dia dah la jauh, pastu bleh libas lembing tu dgn laju plak tu..skill dia jugak xde yg betul2 menarik bagi aku, byk yg serang dalam garis lurus je..Cuma best pakai dia sbb jarak serangan jauh.


Markah : 7/10








Nama : Sakon Shima

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Mitsunari Ishida


Penerangan aku : Antara karekter yang kuat. Seorang ronin dgn senjatanya merupakan sebilah pedang besar. Dia trkenal sebagai perancang strategi yang hebat di mana dia belajar perkara tersebut daripada Shingen Takeda. Selalu cuba mengorat Ina tp x dapat. Aku paling suka skil dia yg charge selepas 3 kali pukul biasa tu, yg mana dia pancarkan gelombang kat sekeliling badan dia pastu dia lancarkan wave ke arah musuh2 di hadapan, mmg senang nak belasah org guna skil ni. Special skil dia yg best plak dia boleh panggil backup, nnti ade org tolong panah/tembak musuh dari jauh.


Markah : 8/10





Nama : Yoshihiro Shimazu

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Ginchiyo Tachibana


Penerangan aku : Seorang pakcik tua beruban yg sentiasa membawa tukul besar pergi ke mana-mana (nak bina rumah kot). Digelar sebagai Shimazu Devil sbb berperangai seperti devil kadang2. Musuh ketat Ginchiyo. Gerakan dia agak lambat tapi kuasa serangannya sgt kuat..dia byk skill yg pkul orang kat sekeliling so dia ni kira OK la utk dipakai..


Markah : 7/10








Nama : Hideyoshi Toyotomi

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Mitsunari Ishida


Penerangan aku : Dikenali sebagai monyet kerana rupa paras dan perangai seperti monyet..huuhu..pada mulanya waktu main Warrior Orochi aku ingat dia ni officer biasa je sbb tgk dari penampilan dia..x sangka plak dia ni salah seorang pemerintah yang berkuasa pada waktu tu..”i want to create a land where everyone can be happy”, tu la ayat yg slalu kuar dari mulut dia. Dia merupakn karekter yg mempunyai jarak serangan yang paling jauh antara karekter2 yg memakai senjata jarak dekat. Kayu dia bleh dipanjang mcm kayu Billy Kane KOF. Special skil dia plak mmg best sbb dia bleh buat duit bertaburan bila kalahkan mana-mana askar yg berdekatan.So cpat la kite kaya. Tp serangan dia x berapa kuat, so officer lmbat nak mati.


Markah : 7/10



Nama : Tadakatsu Honda

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Ieyasu Tokugawa


Penerangan aku : Merupakan karekter terkuat dan ditakuti ramai dalam game ni..kalo nak dibandingkan dgn Dynasty Warriors, dia ni mcm Lu Bu. Merupakan pengikut Ieyasu yg setia dan ayah kepada Ina. Bangga dengan lembing Tonbo Giri nya tu. Walaupun kuat..tp dia masih bleh dikalahkan..kelemahan dia bila nak lancarkan skil..dia kena charge lama skit..dan serangan dia kebanyakannya menkhinzir buta..x tentu arah perginye..so kalo nak target sorang je untuk dipukul mmg agak payah la ckit..


Markah : 7/10






Nama : Keiji Maeda

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Kanetsugu Naoe


Penerangan aku : Seorang karekter yg liar yg suka belawan dan buat sesuka hati dia je. Rambut dia mmg pelik sbb mcm bulu singa. Dulunya dia ni mcm Lu Bu, tp kemudiannya tempatnya telah diambil alih oleh Tadakatsu. Kadang-kadang dia ni mcm abang kepada Kanetsugu dan Yukimura..slalu bagi nasihat walopun seorang yg suka main2. Serangan dia memang kuat tp aku x suka kebanyakan skill dia. Yg aku suka cuma special skill dia yg dia grab musuh the cmpak jauh2.


Markah : 6/10






Nama : Oda Nobunaga

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Magoichi Saika


Penerangan aku : Karekterpaling bergaya dan memainkan peranan utama dalam game ini..Agak kejam dan ingin mengusai seluruh Jepun. Mempunyai ramai pengikut termasuklah Ieyasu, Hideyoshi, dan Mitsuhide. Akhirnya mati dibunuh oleh Mitsuhide dekat Honnoji.. Serangan dia mmg best..dia bleh lepaskan dark aura dari seluruh badan dia..dan amat tangkas dan kuat. Special skill dia boleh menguatkan kuasa serangan dan menghasilkan shield di sekekeling badan..so mmg power la mamat ni. Aku guna dia la bila main survival mode..mmg boleh diharap. Dan serangan dia yg charge selepas 2 kali pkul tu mmg kadang2 mcm cheat..sbb org jhat sometimes x melawan dan terus menerus kena serangan tu kalo korg buat x berhenti-henti.


Markah : 9/10



Nama : Kenshin Uesugi

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Kanetsugu Naoe


Penerangan aku : Menggelarkan dirinya god of war..kononnya dia bleh pinjamkan jasad dia pada dewa perang. Musuh ketatnya ialah Shingen Takeda yg dia panggil nemesis..selalu berperang tapi masih x dpt nak menentukan siapa paling kuat. Kuasa serangan dia agak kuat dan aku suka pakai dia sbb dia byk charge attack yg menarik. Special skill dia yng ada byangan gergasi kat belakang dia tu pun best sbb dpt tingkatkan lagi kuasa serangan dia.


Markah : 8/10






Nama : Shingen Takeda

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Kenshin Uesugi


Penerangan aku : Musuh kepada Kenshin Uesugi. Berambut merah dan sentiasa memakai topeng. Seorang perancang strategi perang yg hebat dan mempunyai askar-askatr berkuda terkuat di Jepun pada waktu itu. Senjata dia plak amat pelik kerana dia memakai kipas..so jarak serangan dia pendek. Aku x minat pakai dia sbb lembab, serangan x best dan jarak serangan yg dekat. Serangan tanduk dia tu lagi la ntah ape2..dah la susah nak kena musuh, pastu slow plak tu. Aku cuma suka special skill dia yg grab org tu je. Macam x sesuai je dia ni musuh kepada Kenshin.


Markah : 6/10





Nama : Masamune Date

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Magoichi Saika


Penerangan : Digelar one-eye dragon. Rupa cm budak2..senjata dia pula merupakan sebilah pedang dan 2 pucuk pistol berkembar. Dia ni x berapa menarik perhatian aku kerana skil menembak dia yg x tentu hala dan tembak x kena sekeliling sgt. Yg aku suka pun cuma serangan charge selepas 2 kali serang biasa tu...peluru pistol dia power ckit time tu..


Markah : 6/10







Nama : Nouhime

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Oda Nobunaga


Penerangan aku: Bini kepada Oda Nobunaga. Seorang yg bergelar gadis ular yg misteri dan menakutkan. Senjata dia merupakan claw yg disimpan dalam lengan baju dia dan bom-bom. Dia ni pkar dalam mghasilkan letupan. Antara karekter yg paling aku x suka pkai dalam game ni. Langsung x guna senjata time menyerang dengan menggunakan serangan biasa..so weapon cm xde mkna je. Serangan charge dia plak lembab dan ntah ape2...tp aku dgr ade gak gamers yg suka pkai dia ni...tp bg aku...say no to Nou… huhuh


Markah : 5/10






Nama : Inahime

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Tadakatsu Honda


Penerangan aku: Anak perempuan kepada Tadakatsu. Seorang gadis yg serius dan ingin menjadi pahlawan hebat sperti bapanya. Merupakan seorang pemanah yg hebat.Dia ni OK je bg aku..special skill dia yg bleh jana 3 elemen tu mmg best..tp bila naik kuda dia ni pkul oleh belah kiri kuda..org lain suma pkul belah kanan kuda..so aku rase x biasa plak bila pkai dia..


Markah : 6/10







Nama : Nene

Cara Unlocked : Selesaikan story mode Hideyoshi Toyotomi


Penerangan aku : Ninja yg merupakan isteri kepada Hideyoshi. Seorang yg penyayang yg menganggap semua pengikut suaminya sebagai anaknya antaranya Mitsunari, Kiyomasa dan Masanori. Selalu pening kepala memikirkan perangai Mitsunari yg rude..dan seorang kuat berleter..smpaikan kalo kat medan perang pun dia bleh meleter kat pihak musuh..kdg aku tergelak ngan dialog leteran tu..mmg lawak..Skill charge dia semua best dan yg paling best dia bleh transform jd mane2 officer yg berdekatan..woohohoo..


Markah : 7/10






Nama : Okuni

Cara Unlocked : Menang main sugoroku

Penerangan aku : Gadis berpayung yg asyik2 ajak org pergi ke kawasan tempat dia bekerja. Merupakan seorang penari. Payung digunakan sebagai senjata..pelik betul. Serngan dia bleh tahan la..yg best bila pakai dia ialah dia ada dialog special dalam setiap misi..maybe sbb dia xde story mode dia sndiri..

Markah : 6/10









Nama : Ranmaru Mori

Cara Unlocked : Selesaikan misi dia di survival mode


Penerangan aku : Kalo korg tgk dia msti korg akan ingatkan dia ni perempuan..tp sebenarnya dia ni lelaki. Rupa dia mmg mcm prempuan, malah cara dia mati dan menang pun gaya mcm prempuan..tp dia bukan pondan..kot. Seorang samurai yg sgt setia dgn Nobunaga, membawa sebilah pedang samurai yg amat besar. Beperang demi membalas dendam kematian ayahnya di tangan puak Asakura. Karekter fovourite aku..serangan dia mmg kuat dan dasyat. Pancungan dia siap boleh hasilkan gelombang yg besar. Tp Cuma lmbat ckit bila nak hayun pedang. Tp special skil dia mmg best..yg dia pancung musuh dgn tiba2..mmg musuh x smpat nak bertahan.


Markah : 9/10



Nama : Musashi Miyamoto

Cara Unlocked : Unlocked semua karekter kecuali Ranmaru dan Okuni


Penerangan aku : Karekter paling hebat bagi aku dalam game ini. Amat pantas dan kuat. Menggunakan 2 bilah pedang semasa berlawan. Seorang samurai yg hendak menjadi pemedang terhebat di atas muka bumi ni..tetapi selalu diganggu oleh Kojiro yg memusuhinya. Semua serangan charge dia mmg best dan laju...mmg musuh xkan smpat buat ape2 bila brlawan dgn dia ni.


Markah : 9.5/10







Nama : Katsuie Shibata & Sasaki Kojiro


Cara Unlocked : Misi survival mode tingkat 75, tp sebagai bodyguard sahaja. Tidak boleh digunakan. Sayang betul...
















No comments: