So sepanjang aku berada kat kolej time cuti ni...same je aktiviti harian aku..tp start kamis lepas kelas tuisyen BI aku dh bermula. Macam2 gak la yg aku belajar walapon dlm jangka masa yg singkat. Antaranya bagaimana nak menceritakan sesuatu perkara kepada orang. So aku pun nak try la menceritakan aktiviti aku smalam, tp yg bezanya ari ni aku nak menulis dalam bahasa melayu,bukan English..huhuh.
Petang samalam, selepas solat Jumaat hujan agak lebat. Aku,Naz n Bro One5(bukan nama sebenar) yang merancang untuk tgk wayang terpaksa menangguhkan rancangan tersebut buat seketika. Apabila hujan mula reda, ktorg pun mula bergerak. Namun malangnya tyar depan mtor aku plak pancit..so trpaksa la aku bwk gak mtor tu ke stesen minyak yang berhampiran(walaupun sbnarnya tersangatlah jauh). Aku terasa mcm menunggang seekor unta sepanjang perjalanan tersebut. Terfikir la aku nape kolej x menyediakan mesin pam tayar(JKM sila amik perhatian..hohoho). Ktorg pun parking mtor di Jusco n trus naik bas untuk ke CS, walaupun kami menyedari pihak Jusco pasti menyumpah2 sebab ktorg parking tp x p shoping..hehehe.Xpela,balik nnti ktorg shopping la.Dun worry laa.

1) Effect yang bleh tahan dan hebat bagi filem negara kita
2) Aksi berlawan yang semakin banyak yang mane Cicak-man menggunakan abilitinya semasa berlawan. X mcm filem dulu yg gaduh2 koboi je walopun ade power
3) Villian baru,Rrama yang kejam dan hot...hohohoho
4) Kostum Cicakman kali ni lebih cantik berbanding dulu,dulu mcm diconteng2 je
Cuma Cicak-Man ni mungkin nmpak kurang ckit sbb hero dia kurus..so bila pkai sut mcm x cntik sgt la. Tp mmg slalu cicak dikaitkan dengan kurus kan so x heran la. Pendapat aku plak untuk menambah baikkan filem ni plak ialah mantapkan jalan cerita,kalo bleh buat crita serius sbb bila cerita serius, hero baru nmpak menyerlah. Tp ini x bermaksud elemen komedi perlu dibuang sama sekali, bleh la selit ckit2..kalo xde langsung pun xbest gak. Adegan berlawan dengan menggunakan abiliti cicakman perlulah ditambah. Cuba bayangkan Cicak-man berlawan sambil melekat di bangunan,melompat ke sana sini dan menggunakan lidahnya untuk menjerat musuh, baru kool. Tp suma ni cuma pendapat aku je, so kalo xnak terima xpe. Tp sebenarnya filem ni dah cukup bagus bagi sebuah filem yng x berapa besar bajetnye. Kalo di masa hadapan dapat bajet yg lebih besar, harap ianya boleh di improve.
Pasal jalan ceritanya xleh la aku cerita..nnti aku jd pirate cetak rompak plak..hehehe.Korg tgk sendiri la kat pawagam. Ape2 pun aku nak ucapkan tahniah kepada pihak KRU terutamanya Yusri, dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ni sebab hasil kerja korg memang mantap(Pandai korg menyelit bendera Malaysia kat bandar Metrofulus tu). Aku sebagai peminat filem effect visual mmg bangga ngan korg...so bila nak amik aku berlakon...HAHAHAHAHAHAHA!!
No comments:
Post a Comment