Friday, May 29, 2009

Menjelang Hari Istimewa

YAAHAAA....6hb Jun 2009 merupakan hari bersejarah buat family aku kerana akak aku(kakyong) akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Kakyong merupakan anak parents aku yg pertama akan berkahwin memandangkan beliau anak sulung (walaupun x semestinya yg sulung akan kawin dulu). Sempena itu, faham2 sendiri la kesibukan yang akan dihadapi oleh tuan rumah bagi memastikan semua perkara telah dilaksanakan dengan sempurna agar majlis dapat berjalan dengan lancar. Ikut kata mak sedara aku, "Majlis x sampai sehari, tapi persiapannya memakan masa berbulan-bulan lamanya..eh,lapar la pulok". Bila difikirkan, mmg betul pun kata-kata beliau itu.

Alhamdulillah buat masa ni banyak perkara dah settle seperti kad jemputan dah dihantar, baju dan peralatan pun dah settle, makanan dah ditempah dan lain2..tp masih ada beberapa perkara masih belum diselesaikan. Tadi banner majlis dah siap di print. Agak besar la jugak. Mula2 kata brother kedai tu smalam dah boleh siap, bila aku call ptg smalam tetiba je kata esok(hari ini) baru boleh siap). Cis...
Banner baru siap print

Rumah plak perlu dikemas sbb mak aku kata nak letak byk barang luar rumah atau tumpang di rumah jiran sebelah. Dah la banyak giler, letih la nak kena angkut. Bilik aku plak aku dah kemaskan minggu lepas. Mula2 pening pikir mana nak letak buku Kreko aku yg berlambak-lambak, sbb rak buku x cukup ruang sbb kecik sgt. So aku terus pi kedai perabot, aku beli rak buku baru yg lebih besar dan tinggi, so semua benda boleh sumbat kat ctu..baru puas hati aku. Tp yg sedihnya...RM aku melayang sebab beli rak buku tu...huhuhuuuuu.....

Bilik aku yg sempit + objek misteri atas katil..heheh

3 comments:

Mandalorian Warrior said...

aku nak..objek atas katil tu..

D'Blaze said...

heheh..susah la tgkap, dia ayik lari..heheh

NuA said...

kucing ko sama warna ngan kucing baru aku....putih