Saturday, November 14, 2009

Tak tau malu ke??

YAAHAAA.....bestnya bila dah balik rumah. Perjalanan agak meletihkan (walaupun hanya duduk je sepanjang masa dalam bas). Cuti lebih kurang sebulan, tapi masih x rancang nak buat apa2 lagi. Hari ni aku naik bas pukul 10 pagi..beli 1 tiket tapi naik 8 orang!!? Agak-agaknya macamana ye aku boleh buat macamtu. Hehehe...dalam kelompok 8 orang tu, cuma aku sorang je orang...yang lain bukan orang. Rasanya korang dapat teka siapa the rest tu. Mereka adalah hamsters ternakan aku...2 ekor parents, yg lagi 5 tu anak mereka...baru je dilahirkan minggu lepas. Mula2 malas nak bawak balik..tapi takut pulak diorang mati sebab lama sangat ditinggalkan dalam bilik. So aku pun bawak la mereka melancong naik bas. Risau jugak aku takut mereka mati sebab mabuk naik kenderaan, tapi Alhamdulillah semua selamat dan sihat sewaktu aku tiba di rumah. Sekarang ni adik2 aku asyik main dengan mereka je. Mak aku pulak geli katanya, smpai meremang bulu roma..hehehe.

Ada sedikit kisah yang aku ingin ceritakan di sini, ini berlaku sewaktu aku menunggu bas dekat kaunter kedai tempat aku beli tiket, di Sri Putri. Ia mengisahkan tentang di dunia ini wujud jugak manusia yg x reti malu mcm mamat cina seorang ni. Kisahnya bermula di semasa aku sedang bersembang dengan akak cina kaunter bas tersebut. Tetiba datang seorang mamat cina ni, dia terus duduk kat kerusi yg agak empuk yg disediakan untuk pelanggan kedai ini. Aku buat x tau je sebab apa salahnya dia nak duduk, dia pun nak naik bas jugak. Then dia pun terus mengeluarkan batang berasap lalu cuba membunuh dirinya sendiri.

Sedang dia sedang menikmati saat indah di bawah kipas yang berputar menyamankan suasana kedai ini, secara tiba2 akak tu sound dia. Dengan nada yg penuh sopan dan lemah lembut, mmg x nmpak yg dia tengah marah...cool je. Akak tu kata ' Saya selalu nampak u dtg lepak dekat sini..tapi saya tau u x pernah beli tiket dengan saya..u beli dengan kedai lain'. Terkejut jugak bila aku dengar, sebab x sangka ada jugak orang x tau malu mcmni wujud dlm dunia. Sebelum ini aku ingatkan dia penumpang bas syarikat akak ni. Bila dia kena sound tu...dia pun bising2 ntah apa ntah...then blah..tau pulak dia nak blah. Ingatkan masih x sedar diri lagi.

Lepas dia pergi, akak tu dan aku pun mula la bergossip pasal mamat tadi. Menurut akak tu, mamat tadi selalu naik bas dekat Sri Putri hampir setiap minggu. Dia mmg x pernah beli tiket dgn syarikat akak ni, tapi setiap kali tunggu bas, dia selalu duduk dekat kerusi tempat rehat kedai akak ni...dah la merokok kat situ, siap makan2 ikut sedap hati dia je. Maybe sebab dekat situ selesa berbanding syarikat bas yang dia ambil yang tidak menyediakan tempat rehat seselesa sebegitu. Akak tu jugak kata yang dia dah lama nak sound, tapi x sampai hati. Tapi tadi dia dah geram sgt, so dia lepaskan je. Tapi aku respect akak ni sebab dia cara dia sound mamat ni mmg cool, x dgr langsung nada yg dia marah.

Soo.... sebagai kesimpulan akak tu dan aku sepakat mengatakan bahawa mamat tadi ada 'masalah' sikit kat kepala...sebab kalau la seseorang tu berfikiran waras, mesti ada timbul rasa bersalah bila buat perkara macamtu. Ni dia macam x rasa apa2 je dengan tindakan dia tu. Huhuhuh.....macam2 la perangai orang ni. Tapi yang penting kita masing2 la jaga perangai kita sendiri...tu yang terbaik.

No comments: